
Selain goreng dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni, hirup kuah masam-masam pedas menang sedap.
PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
- 3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
- 3 hirisan lengkuas | ketuk
- 2 hirisan halia | ketuk
- 3 hirisan kunyit hidup | ketuk
- 2 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
- 2cm kunyit hidup
- 10 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
- Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
- Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubur Pulut Hitam Rasa Manis Berlemak, Memang Sedap & Kenyang .

Eh tetiba lapar pulak. Menonton tv sambil menghirup dan mengunyah bubur best nih. Apakata kita masak bubur pulut hitam. Tapi pulut tu rebus betul betul ya, biar sedap mengunyahnya.
Ini resipi perkongsian dari FB : Resipi Mutiara HATI. Bubur ni kalau disejuk bekukan boleh menjadi ais krim pulak, ermmm yummy.
BUBUR PULUT HITAM :

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan pulut hitam – beli online DI SINI
- 6 cawan air untuk merebus pulut
- 2 cawan santan pekat – beli online DI SINI
- 2 cawan santan cair
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka – beli online DI SINI
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung – beli online DI SINI
Cara Penyediaan Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap :
1. Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut guna api sederhana sahaja atau boleh guna pressure cooker.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga bahan larut dan kacau.Barulah masukkan 1 cawan santan pekat dan sebatikan.Sesuaikan rasa.
3. Baki santan pekat tadi 1 cawan masak asing di atas api kecil.Sentiasa kacau supaya tidak berketul ya.Tambahkan bancuhan tepung jagung yang dicampurkan air dan kacau sebati sebelum ditambah masuk ke dalam periuk.Masukkan sedikit garam sedikit.Tutup api.

.
TIP SEDAP :
1. Resepi bubur pulut hitam ini memang sedap dimakan dengan santan pekat asing.Lagi terasa nikmatnya.Baki bubur pula dijadikan aiskrim.Memang licin habis.

.
2. Jadi nanti bila hendak makan bubur pulut hitam, tuangkan pulut dan tambahkan santan pekat tadi sedikit.Memang Sedapp betul.Selamat mencuba.

.
FB : Resepi Mutiara HATI
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
JOM SEMAK VIDEO MASAKAN INI.:
JOM SEMAK RESIPI-RESIPI INI :
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.
CARA MASAK NASI AYAM HAINAN SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN SUP & AYAM:
- 1-2 keping ayam whole leg
- Beberapa keping lemak ayam
- 2 hiris nipis halia
- Air secukupnya (sekadar tenggelam ayam)
- 1 kiub pati ayam (beli online disini)
- Garam halus secukup rasa (beli online disini)
- Bebola ikan secukupnya
- Ais secukupnya
BAHAN SOS (TUANG PADA AYAM):
- 2 sudu makan kicap sotong (beli online disini)
- 1/2 sudu makan kicap lemak manis (beli online disini)
- 1/2 sudu makan sos tiram (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.
2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu. Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.

3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.
4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.

5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam. Sediakan ketulan ais.

6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak. Isi ayam juga lebih segar. Toskan.
7. Potong 4 ayam yang telah ditos. Susun di atas pinggan.
8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.

BAHAN NASI AYAM:
- 1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tos
- Beberapa keping lemak ayam
- Sedikit mentega
- Beberapa keping halia
- Serai
- Daun pandan – disimpul
- Kuah sup secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega. Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
- Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
- Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
- Masak seperti biasa.

BAHAN SAMBAL CILI
- 1 hiris nipis halia
- 4 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sudu makan cuka
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit kuah sup
CARA MEMASAK:
1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.

2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama. Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.

BAHAN TAUGE STIR FRY
- 2 genggam tauge
- Sedikit kucai
- 2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos ikan
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.

3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai. Balik-balikkan.
4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak mudah? Masak je Nasi Ayam Hainan ni guna RICE COOKER. Sekejap je dah masak.
Nak lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Bingka Kelapa. Kuih Tradisional Sedap Yang Makin Susah Nak Jumpa.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sos Spageti Homemade Sedap Guna Buah Tomato

Resipi Sos Spageti homemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Malah sos ini juga sesuai buat anda yang gemar makan sos spageti yang kurang masam. Rasa dia tidak lah sepekat, masam dan berasid seperti di dalam tin. Rasanya lebih bersifat hambar tapi masih sedap dimakan. Jom cuba. Anda pasti sukakannya
RESIPI SOS SPAGETI BOLOGNESE HOMEMADE GUNA TOMATO SEGAR

BAHAN-BAHAN:
- Spageti – direbus hingga lembut – beli online disini
BAHAN SOS SPAGETI:
- 5 biji tomato segar (pilih yang merah ranum)
- Garam dan gula secukup rasa
- ½ biji bawang holland – beli online disini
- 1-2 ulas bawang putih – beli online disini
- Isi ayam secukupnya
- Sedikit herba oregano – beli online disini
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan tomato, pilih buah yang merah ranum.
2. Hiris nipis bahagian luar buah tomato. Ia bertujuan untuk memudahkan proses mengupas kulit tomato nanti.

3. Kemudian rebus buah tomato tadi sehingga air mendidih, tak perlu lama sangat.

4. Toskan tomato dan tanggalkan kulit. Lenyek tomato sehingga hancur.

5. Masak semula ke dalam periuk dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan tomato menjadi sedikit berair.

6. Seterusnya tapis tomato tadi untuk mendapat pes tanpa biji.

7. Ini dia hasilnya pes tomato. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti sejuk.

8. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bawang holland, bawang putih dan isi ayam hingga masak.
9. Kemudian masukkan pes tomato tadi dan sedikit herba Oregano.

10. Akhir sekali boleh masukkan spageti yang telah direbus. Kacau sebati.

11. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan segera.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

