Sedapnya Pindang Ikan Kerisi, 15 Minat Siap!

Share

Selain goreng  dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni,  hirup kuah masam-masam pedas menang sedap. 

 PINDANG IKAN KERISI  

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
  • 3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
  • 3 hirisan lengkuas | ketuk
  • 2 hirisan halia | ketuk
  • 3 hirisan kunyit hidup | ketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :

  • 2cm kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
  2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
  3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.

 

Published by
Norasida Myasin