Memang nampak sedap sangat Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed ni kan? Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. ( lapisan bawah )
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa –BELI ONLINE
Secubit garam – BELI ONLINE
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Sumber kredit: Shida Razak KC
BELI PERALATAN MEMASAK DI SINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official