
Antara pemanis mulut yang sedap dimakan adalah puding. Selepas disejukkan dalam peti ais, puding dimakan begitu sahaja dan boleh melegakan tekak. Kali ini RASA kongsikan resipi Puding Pisang Sos Kastard yang pastinya boleh menawan selera ramai.
PUDING PISANG SOS KASTARD
Sedap nampaknya kejadian pisang ni kan?.
BAHAN PISANG MENTEGA
Pisang secukupnya
Mentega secukupnya
CARA MEMBUAT PISANG MENTEGA
1. Panaskan mentega.
2. Goreng sekejap pisang tadi. Ketepikan.
BAHAN KASTARD
1 tin susu cair
1 biji kuning telur ayam
1/2 cawah air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 ikan daun pandan
CARA MEMBUAT KASTARD
1. Campur semua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan kacau. Jangan berhenti kacau. Masukkan daun pandan. Setelah mendidih, terus angkat. Sejukkan.
3. Simpan dalam peti ais.
4. Untuk menghidang, letakkan pisang di dalam mangkuk. Tuangkan kuah kastard. Hiaskan dengan buah-buahan kering atau kekacang seperti gajus atau badam.
Resipi Oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam.

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cuba lebih banyak resipi makanan berjeruk yang boleh buat secara homemade? Klik disini.
Buat Sendiri Creamhorn Crumble Sedap Guna Resipi Mudah Ni

Sedapny Creamhorn Crumble berinti kastard ni. Memang enak lebih-lebih lagi kalau makan yang baru keluar dari peti sejuk. Pastri yang rangup dan ditutupi dengan crumble enak. Ada pula inti yang berkrim. Memang sangat mengasyikkan.
Bagi anda yang teringin nak cuba tapi susah nak jumpa orang yang jual, ha…resipi mudah perkongsian saudari Shima Maz dari Singapura ini boleh dicuba. Memang terbaik!
CREAMHORN CRUMBLE BERINTI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket puff pastry saiz 8″
- 1 biji telur – dipukul sedikit untuk gam
- Acuan creamhorn secukupnya – kalau tak ada boleh DIY sendiri. Guna kertas keras@manila kad buat acuan kon dan balut dengan aluminium foil
BAHAN CRUMBLE:
- 100gm tepung gandum – beli online disini
- 50gm mentega – beli online disini
- 50gm gula pasir
(campurkan semua bahan dan ramas sehingga menjadi seakan serbuk roti)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping puff pastry, potong 7 bahagian ( Puan Shima potong 10 bahagian).
2. Ambil satu dan canai hingga nipis menggunakan kayu penggelek. Letakkan dihujung acuan dan lilitkan. Sapukan telur dihujungnya supaya melekat. Buat sehingga habis.
3. Sapukan telur di permukaan pastri dengan menggunakan berus, kemudian golekkan diatas crumble tadi.
4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200c selama 25 minit @ sehingga kuning keemasan, mengikut oven masing-masing.
5. Keluarkan pastri creamhorn dari acuan dan sejukkan sebelum meletakkan inti.
BAHAN INTI VANILLA KASTARD:
- 2 cawan susu segar/susu cair – beli online disini
- 2 sudu besar tepung kastard – beli online disini
- 2 sudu besar tepung gandum
- 6 sudu besar gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila – beli online disini
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 cawan whipping cream – (Puan Shima guna non-dairy whipping cream. Jika tiada, boleh abaikan tetapi letak whipping cream rasa inti akan lebih sedap)
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan whipping cream. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan mentega. Sentiasa kacau sehingga kastard menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.
3. Pukul whipping cream sehingga kental dan campurkan ke dalam kastard yang telah sejuk tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
4. Masukkan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam pastri Creamhorn yang telah sejuk tadi.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Adunan ini boleh dapat 35 biji Creamhorn
- Pastri perlu dicanai hingga nipis supaya bila masak, teksturnya menjadi garing dan tidak tebal.
Kredit foto & dicuba oleh: Shima Maz
Kredit resipi asal: Nureen Frozen Food
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Lasagna Roti Daging Homemade Paling Mudah Buat

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar sajian Lasagna, resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja. Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak. Fuhhh..memang memikat. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK LASAGNA ROTI DAGING & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger – leraikan
2 biji telur
8 keping roti sandwich
2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi – sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air
1 cawan susu segar
1 batang lobak merah – potong dadu
Cendawan butang – potong dadu – beli online disini
Daun sup
2 biji bawang putih – cincang halus – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
BAHAN TABUR:
Keju cheddar ( block)
Keju cheddar (keping)
Keju mozarella
Italian herbs secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
2. Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
3. Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.
CARA MELAPIS ROTI:
1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.
2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.
3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)
4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.
5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.
6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.
7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.
8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Daa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pulut Panggang Inti Ikan. Sajian Enak, Sesuai Untuk Minum Petang
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official