Bila tiba hidangan minum petang, sekali sekala nak juga merasa menu ala western kan. Jika teringin, boleh cuba resipi puff pastry inti kastard campur kaya ini.
Memang terasa creamynya dan lagi sedap bila intinya disejukkan. Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sesuai untuk makan bersama keluarga di taman.
Hidangan ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu kerana cepat disediakan, sedap dan mudah.
PUFF PASTRY INTI KASTARD & KAYA
BAHAN UNTUK INTI:
300g susu full cream 30g tepung kastard – beli online di sini 1 sudu besar esen creamy vanilla 1 sudu kecil esen french vanilla 2 sudu besar kaya (saya guna Seri Kaya Sunstar) Gula perang secukup rasa Secubit garam 300g non-dairy whipping cream
BAHAN LAIN:
2 pek kecil puff pastry (dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu, baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan)
Ads
Dapatkan Coowin Detachable Marble Cookware Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
2. Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
3. Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (chiller).
4. Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu.
Ads
5. Masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan inti yang telah siap ke dalam piping bag (beg pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.
Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan Jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi dua kali. Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal perkongsian saudara Jamil Rozali ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI SAMBAL TOTOK JAWA SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana – beli online disini
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan – beli online disini
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng garing kemudian tos dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka. Sambal Totok Jawa sedia untuk dinikmati.
Korang nak buat open house yanag ringkas, simple dan sedap ini min kongsikan koleksi 10 mwnu yang senang dicuba dan gerenti tetamu sukakannya, Biarpun hanya lauk pauk, sayur atau sambal ringkas, ia tetap sedap bila dikongsikan makan beramai-ramai.
GULAI TULANG BEREMPAH BERSAMA REBUNG MADU
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu | bersihkan dan rebus hingga empuk
500gm rebung madu | hiris bulat, celur dan tos
1 liter santan
3 keping asam gelugor
3 sudu makan rempah kari
3 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
6 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3cm halia | hiris halus memanjang
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Campurkan rempah kari, serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan jintan putih dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi,kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan.
Setelah mereneh, masukkan asam gelugor,rebung dan santan.
Renehkan lebih kurang 10 minit.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh lima minit lagi kemudian tutup api.
Gulai tulang sedia dihidangkan.
GULAI AYAM CINCANG RAMPAI TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (1.5 kg) | potong kecil atau cincang
1 liter santan
1 batang timun | buang biji dan potong serong
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik-carikkannya
5-6 helai daun limau purut
2 biji tomato | belah enam
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
2cm halia
3 cm kunyit hidup
2 biji cili merah
10 biji padi merah
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam kecut dan keluar airnya.
Seterusnya,masukkan santan, asam gelugor dan serai titik.
Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas lima minit, masukkan daun limau purut, daun kunyit, timun dan tomato.
Apabila cukup rasa dan ayam empuk,tutup api.
Gulai ayam sedia dihidangkan.
KACANG BOTOL TUMIS BERSAMA HATI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang botol | hiris serong dan nipis
300gm hati ayam | potong kecil
2 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hati ayam, kacau rata.
Setelah hati ayam kecut dan berubah warna, masukkan hirisan kacang botol.
Kacau rata, kemudian masukkan hirisan cili merah.
Seterusnya perasakan dengan garam, gula dan sos tiram.
Apabila cukup rasa, tutup api.
Sayur goreng sedia dihidangkan panas-panas.
TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
3cm halia | hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh cuka
Sedikit air
Sedikit garam dan gula jika perlu
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL GORENG KICAP TEMPE DENGAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
2 paket tempe | hiris
2 biji kentang | hiris
4-5 batang kacang panjang | potong 2cm
2-3 ketul hati ayam | potong kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe dan kentang secara bergilir hingga habis.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit anggaran tiga sudu untuk menumis.
Tumis bahan kisara hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
Kacau rata, masukkan hati ayam.
Setelah hati kecut dan kering airnya, masukkan air asam jawa dan sos tiram.
Seterusnya masukkan tempe dan kentang goreng.
Masukkan kicap dan gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
SAYUR CAMPUR LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kubis | hiris kecil
1 batang lobak merah | hiris nipis bulat
3 pokok sawi | potong memanjang
4 kuntum cendawan telinga kera | rendam dan potong kecil
Sedikit cendawan inoki
6-8 biji cili padi merah | belah dua
Sedikit ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris halus
2cm halia | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
1 liter santan
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili dan ikan bilis dalam periuk bersama sedikit air dan separuh dari santan.
Renehkan di atas api sederhana. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.
Kacau rata, setelah sayur layu tambahkan baki santan.
Kacau lagi, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sayur campur sedia dihidangkan panas-panas.
TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
6 biji peria | buang biji dan hiris nipis
1 cawan ikan bilis kopek | kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi.
Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak dan timbul minyak, tutup api.
Tumis peria sedia dihidangkan.
GULAI IKAN TONGKOL BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan tongkol | hiris nipis
1 liter santan
2 biji terung bulat | buang kulit
5 batang kacang panjang | potong 3cm
10 tangkai cili padi
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
4 ulas bawang
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Ikan tongkol dibersihkan kemudian gaulkan dengan sedikit bahan kisar, bersama sedikit garam dan tiga keping asam gelugor.
Tambahkan sedikit air (sama paras dengan ikan) rebus lebih kurang lima minit. Tutup api.
Seterusnya masukkan santan dan lebihan bahan kisar di dalam periuk rebusan ikan tadi.
Setelah mereneh masukkan, terung, kacang panjang dan cili padi tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila terung sudah empuk, tutup api.
Gulai ikan sedia dihidangkan panas-panas.
GULAI LEMAK LABU BERSAMA TULANG IKAN MASIN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg labu | buang kulit dan potong dadu besar
700ml santan
300gm tulang ikan masin merah | rendam
1 helai daun kunyit | siat-siat dan simpul
1 batang serai | titik
2 biji cili hijau | hiris memajang
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
8 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan tulang ikan masin dan labu dalam periuk bersama bahan kisar serta sedikit air dan separauh dari santan.
Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mereneh masukkan masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Seketika kemudian masukkan lebih santan, kacau dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa jika perlu kerana labu sudah manis dan ikan masin pun sudah masin.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan gulai labu sedia dihidangkan.
KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur |rebus dan buang kulit
700ml santan
1/2 cawan air asam jawa
3 biji kentang | belah empat
2 biji cili hijau | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji tomato | belah enam
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
REMPAH PENUMIS :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS HALUS:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili dan kunyit.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.