Sedapnya Ratah Ayam Bakar Double Glaze

Share

 

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ayam yang dimasak double blaze barbeku. Memang wow sangat rasanya tau. Boleh dijadikan lauk atau diratah macam itu sahaja dengan sos lada hitam atau sos cendawan.

Ayam yang diperap lama rasa perapannya lebih meresap. Apatah lagi kalau dibakar dua kali. Lagi bertambah sedap.

DOUBLE GLAZE BBQ CHICKEN

BAHAN PERAPAN AYAM
• 10 keping ayam
• Garam
• 1 sudu besar jintan manis kisar
• 1 sudu besar jintan putih kisar
• Lada hitam kisar
• Serbuk paprika

BAHAN SOS GLAZE AYAM
• Kicap soya cair
• Tomato sos
• Madu
• Lada hitam kasar
• Serbuk paprika / cili
• Kiub ayam
• Garam jika perlu
• 2 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUAT
1. Perap ayam menggunakan Bahan Perapan. Bakar 180°C selama 25 minit.
2. Satukan semua Bahan Sos Glaze dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Keluarkan ayam dari oven. Sapu sos glaze. Bakar lagi sekali sebentar.
4. Keluarkan ayam sekali lagi. Sapu lagi baki sos glaze. Bakar sekali lagi sehingga sos agak pekat.
5. Keluarkan dan sedia dihidang.

Boleh diratah macam tu je ataupun dijadikan lauk bersama nasi.

Resipi oleh Amie Samuri dari Telegram KakiMakan Channel

Published by
Maryam Elyas