Sedapnya Rendang Ayam Kampung & Kambing Kasmiri, Air Tangan Master Chef Sabri Hassan.

Share

Siapa yang tak kenal dengan Chef Sabri Hassan yang lebih 30 tahun terbabit dalam dunia masakan. Biarpun berstatus Master Chef dan boleh menyediakan pelbagai jenis masakan, masakan Melayu menjadi pilihannya untuk dikongsikan korang semua. Rugi kalau korang tak cuba, sebab memang sedap kalau dipadankan dengan nasi putih ataupun nasi bertumis.


.

RENDANG AYAM KAMPUNG MALINDO
BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | potong 16
  • 80ml minyak masak
  • 100gm pes cili
  • 4 batang serai |titik
  • 1 helai daum kunyit | hiris halus
  • 6 helai daun limau purut
  • 10gm bawang putih | kisar
  • 60gm bawang merah | kisar
  • 20gm halia | kisar
  • 10gm kunyit hidup | kisar
  • 500ml air
  • 4 sudu makan kerisik
  • 1 cawan santan kelapa
  • 3 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1 sudu makan garam secukup rasa
  • Hirisan halus daun kunyit | untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukan minyak, masukan bahan bahan yang dikisar kacau hingga naik bau.
2. Masukan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukan ayam dan kacau hingga rata, kemudian masuk air dan kacau dan biar hingga isi ayam lembut dan empuk.
4. Kemudian masukan santan, kerisik dan bahan bahan lain.
5 . Akhir sekali masukan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan masukkan dalam pinggan hiding dan taburkan hirisan daun kunyit.
7. Rendang Ayam Kampung Malindo sedia dihidangkan.



.

KAMBING KASMIRI

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg kambing | potong kiub 1 inci
  • 80ml minyak masak
  • 2 liter air
  • 30gm bawang putih | cincang
  • 60gm bawang merah | cincang
  • 10gm Halia | cincang
  • 10gm akar ketumbar
  • 1 helai | daun pandan | ikat
  • 10gm kulit kayu manis
  • 2gm bunga lawang
  • 3gm buah pelaga
  • 2g bunga cengkih
  • 4 sudu makan serbuk rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan seruk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 4 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan susu sejat penuh krim
  • 4 sudu makan bawang goreng
  • 400g ubi kentang potong dadu
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 2 sudu makan garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

  • 2 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 20gm hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panas periuk,masukan minyak, bawang putih, halia, bawang merah, daun kari, daun pandan, akar ketumbar, kacau hingga bau.
  2. Masuk bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan kacau lagi,
  3. Masukan daging kambing, kemudian kacau selama 10 minit hingga hampir masak.
  4. Kemudian masuk serbuk rempah ratus dan kacau selama 3 minit, kemudian masaukan air.
  5. Kacau hingga rata dan biar renih hinga daging kambing hampir empuk.
  6. Masukan ubi kentang, sos cili, sos tomato, kicap manis, bawang goreng, kacau hingga rata.
  7. Sekiranya kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air lagi.
  8. Setelah kentang lembut dan empuk,masukan gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa.
  9. Tutup api dan masukkan dalam pinggan hiding.
  10. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan tomato potong dadu. Sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin