Episod 12 Rasa Nostalgia Ramadan dimeriahkan dengan kehadiran Fikry Ibrahim bersama sepupunya, Shatorah. Pelawak otai, Imuda juga ada sebagai cameo pada hari ini. Mencipta nama menerusi program Lawak Solo, nama Fikry Ibrahim semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air.
Bila bercakap tentang menu untuk berbuka puasa, menu Ayam Masak Kurma ini memang menjadi pilihan Fikry. Kira menu wajib ada dalam bulan Ramadan ni. Memang membuka selera.
Tak lengkap rasanya kalau tiada pencuci mulut. Jadi, Fikry dan Shatorah telah membuat Tiramisu sebagai pelengkap hidangan. Fuhh memang sedap. Rasa kopi yang cukup menggoda.
Kalau anda nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Selamat mencuba!
AYAM MASAK KURMA
Ads
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
BAHAN-BAHAN AYAM KURMA:
1 pek rempah kurma
½ ekor ayam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 batang lobak merah
1 biji kentang
1 mangkuk kecil santan pekat
1 biji tomato
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 biji cili merah | dibelah dua
3 biji cili padi
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.
Masukkan 1 tangkai daun kari supaya tumisan jadi lebih wangi.
Kemudian, masukkan bahan tumbuk halus. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
Bila rempah sudah kering, masukkan sedikit air. Boleh ulang tambah air dalam 2 hingga 3 kali supaya rempah betul-betul masak.
Kemudian, masukkan ayam. Kacau sebati.
Masukkan santan dan juga garam secukupnya.
Masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
Tambah air jika perlu.
Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan cili padi. Masukkan juga asam keping.
Masukkan bawang besar. Kacau hingga sebati.
Siap!
TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
1 paket Biskut Ladyfinger
1 cawan air Nescafe | tanpa gula
1 cawan Non-Dairy Whipping Cream
250g cream cheese
100g gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
¼ cawan serbuk Hot Chocolate Cadbury
CARA MEMASAK:
Ads
Campurkan cream cheese, gula icing, esen vanilla dan whipping cream di dalam 1 bekas. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati dan berkrim.
Celupkan biskut Ladyfingers ke dalam air Nescafe. Kemudian, susunkan biskut tersebut di dalam bekas.
Kemudian, sapukan krim keju tadi di atas biskut.
Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga penuh.
Ratakan krim keju dan taburkan serbuk hot chocolate Cadbury.
Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
Siap untuk dimakan.
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Ads
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bebola bergedil ayam ini mudah dimasak. Bahkan lebih penting lagi, ia sedap dimakan terutamanya dengan soto.
Saiznya yang lebih kecil dan comel lagi memudahkan untuk dimakan berbanding bergedil biasa yang lebih besar. Bila dilihat sekali imbas, macam cekodok pun ada kan? Tapi rupa-rupanya bergedil.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryea ini ye. Selamat mencuba.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
Kemudian gentel bulat-bulat macam saiz bebola daging (meatball). Simpan sebentar dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) sebelum digoreng.
Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng.
Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.
Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.
IKAN MASAK PINDANG
BAHAN-BAHAN
4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
> Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya
1 kiub ikan bilis maggi
1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
1 tangkai cili besar – belah dua
1 biji tomato – belah 4.
2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
3 sudu minyak untuk menumis
Garam & gula ikut sedap mulut ya
Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – belah 4
2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
6 ulas bawang putih**
2 batang serai **
10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka
(**) – ketuk – ketuk je.
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.
TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT
Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
(Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)
2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.
3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.
4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.
TIPS ELAK BERKECAH:
Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku
6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.
INFO:
Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.
Kalau terasa nak makan pulut kuning tapi tak rajin nak kukus dan gaul bagai boleh guna cara ini. Masak pulut kuning guna microwave.
Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Masukkan semula dalam microwave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!