Sedapnya… Resipi Aneka Minuman Penyejuk Badan Di Musim Panas

Share

Memang nikmat jika dapat menikmati aneka koleksi minuman dan manisan yang sedap dan boleh menyejukkan badan. Sesuai dinikmati dikala cuaca panas begini. RASA kongsikan koleksi resipi minuman dan manisan sedap dan mudah yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Sangat berbaloi dan pastinya digemari ramai.

 

KOLEKSI RESIPI MINUMAN & MANISAN SEDAP

 

1. AIR NANAS RAMBUTAN

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Masak nanas dengan gula, air dan daun pandan

2. Kemudian sejukkan dan masukkan rambutan/longan bersama-sama selasih.

3. Campurkan ais batu. Pencuci mulut enak ini sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: lina.tjoandra 

 

2. CHA BANG ANG

BAHAN-BAHAN:

  • Cincau manis (beli dalam tube)
  • Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan.
  • 3 sudu makan biji selasih – rendam air panas beli online disini
  • Ais

BAHAN SUSU (CAMPUR SEMUA GONCANGKAN):

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan dalam bekas besar. Adun sebati dan siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Acik Siti 

 

3. THAI MILK DESSERT VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu cair carnation beli online disini
  • 2 sudu susu pekat manis beli online disini
  • 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspberi) – didih, bekukan & potong dadu/panjang
  • ikut suka
  • 1 sudu biji selasih – rendam hingga kembang dan toskan beli online disini
  • 1 mangkuk ais

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.

 

NOTA: Susu pekat boleh ubah suai ikut kehendak masing-masing kerana jelly tu sudah memang manis.

Kredit resipi & foto :  Eda Harun 

 

4. KOKTEL BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.
  2. Campur semua bahan-bahan lain. Sebatikan.
  3. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Zaky Mat Ali 

 

 

5. SAGU TEMBIKAI SUSU 

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sagu hingga jernih. Tapis dan bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
  2. Potong dadu isi tembikai susu/ gunakan melon scoop. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
  4. Masukkan susu cair, sagu ke dalam bekas yang berisi tembikai yang didadu tadi. Masukkan air gula tadi, tahap kemanisan mengikut selera anda.
  5. Kemudian masukkan ais dan sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto : Fathin Khair 

 

6. CENDOL MANGGA HARUM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • Cendol gula merah
  • Ais
  • Mangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun boleh asalkan sedap)

CARA MEMASAK:

  1. Beli cendol gula merah dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
  2. Potong dadu Mangga Harum Manis.
  3. Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!

Kredit resipi & foto : lina.tjoandra 

 

7. AIS AVOKADO CINCAU PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bahagian avokado berukuran besar
  • Cincau – dipotong
  • Pisang jenis berangan/cavendish – dipotong
  • 6 sudu santan beli online disini
  • 300 ml air
  • Gula secukup rasa
  • Ais

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.
  2. Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang.
  3. Tambah ais batu

Kredit resipi & foto : lina.tjoandra 

 

8. AIS BUAH

BAHAN-BAHAN:

  • Buah-buahan sitrus seperti strawberi, lemon, nenas dan lain-lain ikut selera
  • Air gula
  • Sirap beli online disini
  • Ais

CARA MEMASAK:

  1. Potong buah-buahan yang telah dipilih.
  2. Masukkan air gula secukupnya.
  3. Tambah air sirap kegemaran.
  4. Masukkan ais batu. Siap!

Kredit resipi & foto :  lina.tjoandra 

 

9. AIS LONGAN SELASIH

BAHAN-BAHAN:

  • Agar-agar yang telah dimasak dan dibekukan
  • Buah longan atau rambutan
  • Air gula / sirap
  • Selasih beli online disini
  • Ais

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar dan potong ia dalam bentuk kecil.
  2. Campurkan ia dengan buah longan/rambutan dalam bekas.
  3. Masukkan air gula/sirap.
  4. Masukkan selasih.
  5. Campur ais batu

Kredit resipi & foto : lina.tjoandra 

 

 

10. PUDING KOKTEL SUMI

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas.
2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat. Kacau sebati.
4. Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh)
5. Buka tin buah campuran koktel. Campurkan sekali air mix fruit ke dalam campuran.
6. Akhir sekali, bila sudah cukup manis, boleh terus simpan dalam peti sejuk atau masukkan ais untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Nora Azni 

 

 

11. AIS JERUK JELI SELASIH

BAHAN-BAHAN:

  • Limau kasturi secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu makan serbuk jelly kosong
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar beli online disini
  • Biji selasih – rendam air panas beli online disini
  • Ais secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak serbuk agar-agar dan serbuk jelly. Biar mengeras.
  2. Perah jus limau secukupnya. Jika kurang manis, tambahkan gula secukup rasa.
  3. Dalam bekas besar, satukan jus limau, agar-agar yang dipotong halus, selasih dan ais. Kacau sebati.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto :  lina.tjoandra 

 

12. AIS TIMUN SELASIH


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 bungkus serbuk jelly kosong
  • 1/2 bungkus agar-agar kosong beli online disini
  • 100 gm gula
  • 450 ml air
  • 250 gm timun – kupas kulit dan parut
  • 1 sudu makan selasih – rendam air panas beli online disini
  • Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
  • Ais

CARA MEMASAK:
1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula dan air sampai mendidih. Dinginkan, biarkan mengeras kemudian parut.
2. Dalam bekas besar, campurkan semua bahan. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.  

 

Kredit resipi & foto :  lina.tjoandra 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur