Masak singgang antara menu yang paling mudah dan cepat disediakan. Bukan itu sahaja, menu ini juga mampu membuka selera seisi keluarga. Sesuai dimakan pada waktu berbuka puasa mahupun ketika bersahur. Tanpa santan, sajian ini memang menyihatkan. Mari kita cuba buat Ayam Masak Tumis Singgang Pekat-pekat seperti yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri
RESIPI AYAM TUMIS SINGGANG PEKAT-PEKAT
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong sedarhana
2 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih –BELI ONLINE
2 inci halia –BELI ONLINE
2 batang serai
1 sudu serbuk kunyit –BELI ONLINE
Asam keping – BELI ONLINE
Daun kesum – BELI ONLINE
Tomato (jika suka)
Cili padi ketuk (jika suka) –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan ayam dan sedikit air.
4. Masak sampai ayam empuk. Tambah air ikut kepekatan kuah yang anda suka.
5. Masukkan asam keping, cili ketuk dan tomato. Siap. Bolehlah dihidangkan.
Sumber kredit: Asrinna Bakri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official