Sedapnya… Resipi Mi Rebus Tulang Paling Padu! Rugi Tak Cuba

Share

Peminat Mi Rebus perlu cuba resipi Mi Rebus Tulang perkongsian saudari Faizah Binti Abdul Hamid. Istimewanya resipi ini adalah resipi dari ibu beliau. Mi Rebus asli, tidak perlu ditumis dan tiada rempah ratus. Walauun simple begini, rasanya sangat enak dan begitu menyelerakan. Bagi yang tercari-cari resipi menu lain selain nasi, bolehlah cuba resipi ini. Tentunya menambat selera semua dan sangat mengenyangkan juga. Jom cuba!

 

CARA MASAK MI REBUS TULANG YANG SANGAT SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rusuk/ gear box
  • 1/2 kg daging rincik/ daging tetel – cuci bersih dan rebus sampai empuk
  • ½ kg keledek merah – kikis kulit, rebus bersama daging. Bila ubi empuk, keluarkan. Kemudian mesin halus

 

BAHAN MESIN @ KISAR:

 

BAHAN PELENGKAP MEE:

  • Mee kuning – celur dan toskan
  • Sawi – celur
  • Tauge – celur
  • Ubi kentang – rebus, hiris
  • Tauhu – goreng, hiris nipis
  • Tomato – hiris
  • Telur rebus
  • Limau kasturi/limau nipis

 

CARA MEMASAK:

1.Dalam periuk masukkan tulang, daging dan tambah air secukupnya untuk merebus.

2.Masukkan sekali ubi keledek. Bila ubi empuk, keluarkan ubi.

3.Kisar @ mesin halus ubi ini. Tulang dan daging terus direbus sampai empuk.

4.Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk daging tadi.

5.Masukkan juga cili kisar. Tambah air secukupnya untuk kuah. Masak hingga mendidih.

6.Masukkan keledek kisar dan kacang tanah goreng yang siap dikisar.

7.Bancuh tepung gandum bersama air. Jangan pekat sangat bancuhan kerana nanti jadi berketul-ketul tepung dalam kuah. Bancuh sedang-sedang saja. 8.Tuang bancuhan ke dalam kuah tadi sambil dikacau. Jika kuah kurang pekat, bancuh sedikit lagi tepung gandum dan tuang.

9.Tambahkan kicap, gula, sos cili dan garam secukupnya. Kuah perlu rasa seimbang antara manis, masam dan pedas. Biar kuah mendidih sekali lagi. Kuah mee mesti mesti sedikit pekat.

10.Akhir sekali taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan tomato atas kuah.

11.Tutup api. Siap. Hidangkan bersama mee dan ramuan pelengkapnya.

 

Tips:

  • Untuk rasa kuah yang lebih manis dan enak, boleh rebus, kisar udang kecil dan masukkan ke dalam kuah.
  • Kuah mee ini tidak ditumis. Minyak akan terhasil dari lemak-lemak daging tetel dan gear box.
  • Sepeket mee kuning boleh makan untuk 5-6 orang. Mee rebus rencahnya banyak.
  • Enak dimakan bersama cili jeruk juga.

 

Kredit resipi & foto: Faizah Binti Abdul Hamid

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur