Sedapnya! Resipi Nasi Kerabu Kuning Untuk Berbuka Puasa

Share

Sedapnya Nasi Kerabu Kuning perkongsian Dani J Thang ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal kelapa, tumis dan ayam percik. Biasanya kalau yang dijual di bazar, nasi kerabu yang nasinya berwarna biru. Kalau tiada bunga telang, boleh sahaja buat Nasi Kerabu Kuning ni. Sama sedapnya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Sangat sesuai buat untuk berbuka.

 

CARA MASAK NASI KERABU KUNING SEDAP & MUDAH

BAHAN NASI:
Beras secukupnya
Air – ikut jumlah beras yang digunakan
Kunyit hidup atau serbuk beli online disini
1 batang serai – diketuk
Daun limau purut yang dibuang tulang tengahnya

CARA MEMASAK:
Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi iaitu:
1. Rendam beras dalam air kunyit.
2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras & daun limau purut.
3. Pakai pewarna makanan sahaja.


4. Untuk memasak, tanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sampai masak.

BAHAN SAMBAL KELAPA:
Ikan selayang / kembung – kalau ikan besar guna 2 ekor sudah cukup. Kalau kecil guna dalam 5-6 ekor
1 biji kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja
4-5 biji bawang merah kecil beli online disini
3-4 ulas bawang putih beli online disini
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Rebus ikan dengan sedikit garam. Bila sudah masak, asingkan tulangnya.
2. Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak dalam 10 minit lebih kurang. Jangan lama sangat untuk elak kelapa terlalu kering. Ketepikan.
3. Tumbuk isi ikan, kelapa parut dan bawang. Agak-agak pecah sahaja kecuali bawang perlu ditumbuk hingga lumat.


4. Masuk balik semua bahan yang ditumbuk ke dalam kuali. Perasakan dengan garam & gula secukupnya.
5. Buka api sederhana, kacau semua bahan hingga sebati anggaran dalam 5 min. Tutup api. Siap.

 

BAHAN KUAH TUMIS:
4 biji bawang merah besar
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang holland beli online disini
Cili kering sesuai kepedasan masing-masing beli online disini
1 batang serai – diketuk
200ml santan beli online disini
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Budu

CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan sehingga lumat
2. Ambil sedikit bahan kisar untuk perap ayam.
3. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak (macam nak buat sambal)
4. Masukkan serai, santan & air secukupnya. Biar mendidih sambil dikacau sentiasa hingga santan masak cantik.
5. Semasa tambah air tadi, jangan banyak sangat. Kuah tumis ni nak kena sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


6. Jika suka, boleh titiskan sedikit budu. Sesuaikan dengan selera.
7. Bila kuah tumis sudah masak cantik, padamkan api dan ketepikan.

BAHAN AYAM PERCIK SIMPLE:

Ayam
Garam
Bahan kisar yang asingkan sedikit tadi
Kuah tumis

CARA MEMASAK:

1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang diasingkan sedikit tadi.
2. Bakar ayam. Bila hampir masak, ambik sedkit kuah tumis dan lumurkan pada ayam. Kemudian sambung bakar sampai masak.
3. Jika tiada arang, boleh masak cara ni. Sediakan kuali, letak sedikit minyak dan masukkan ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tidak melekat.
4. Bila agak ayam sudah separuh masak, masukkan sedikit kuah tumis tadi.
5. Masukkan juga sedikit air. Biarkan mendidih sehingga kedua sisi ayam masak.
6. Teruskan masak sampai kuah tadi menjadi pekat. Siap.
7. Hidangkan nasi kerabu bersama hirisan ulam, telur masin, keropok ikan, sesuai selera anda.

BAHAN SAMPIMGAN YANG LAIN:
Hirisan ulam (bunga kantan, timun, serai, kacang panjang, daun serai kayu – boleh pelbagaikan ikut apa yang ada)
Telur masin
Keropok ikan

Kredit resipi & foto: Dani J Thang

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur