Wow…Puding Susu Mangga perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Kalau makan sejuk-sejuk, memang membuka selera. Sesuai sangat jika dinikmati dikala cuaca panas. Bagi anda yang dah lama tak buat puding untuk sajian keluarga, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.

CARA MASAK PUDING SUSU MANGGA

Sedapnya…Resipi Puding Susu Mangga Ni Memang Kena Cuba.

BAHAN LAPISAN PUDING MANGGA:
1 paket (10gm) serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 cawan isi mangga yang dikisar ( puri mangga)

Ads

CARA MEMASAK:
1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air. Masak hingga semua bahan larut.
2. Dalam bekas berlainan, satukan isi mangga kisar bersama susu cair. Sebatikan.
3. Tuang campuran mangga ke dalam periuk agar-agar. Kacau sebati.
4. Masak campuran guna api perlahan hingga mendidih. Padamkan api.
5. Biar agar-agar hingga wap panasnya hilang. Kemudian barulah tuang ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
6. Sejukkan puding dan enak dinikmati sejuk. Ketepikan.

BAHAN LAPISAN PUDING SUSU:
2 sudu teh serbuk agar-agar
2 cawan susu UHT
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu the esen vanilla
1/2 cawan mangga – dipotong dadu

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali mangga. Masak guna api sederhana hingga mendidih.
2. Padamkan api dan biar wap panasnya hilang. Masukkan isi buah mangga yang dipotong dadu.
3. Tuang adunan ke atas lapisan puding mangga. Cakar sedikit permukaan puding mangga sebelum tuang puding susu. Sejukkan.

Sedapnya…Resipi Puding Susu Mangga Ni Memang Kena Cuba.

BAHAN SOS KASTARD:

1 tin susu cair
1 cawan air
3 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:
1. Satukan ke semua bahan, sebatikan. Masak sehingga mendidih menggunakan api perlahan.
2. Sentiasa kacau campuran sehingga pekat. Padamkan api dan sejukkan.
3. Tuang sos kastard ke atas puding sewaktu hendak dinikmati.

Ads

Sedapnya…Resipi Puding Susu Mangga Ni Memang Kena Cuba.

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

Ads

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Guna Agar-Agar Bertali.

Enak Dimakan Sejuk. Ini Resipi Puding Roti Coklat Paling Mudah.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI