Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI SIAKAP KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap ½ biji nanas 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili merah –BELI ONLINE 2 inci kunyit 1 inci belacan –BELI ONLINE 2 inci lengkuas 1 batang serai 3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE 1 biji limau nipis. ½ cekak kangkung 3 sudu sos ikan
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.
Ads
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
Ads
7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.
8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.
Hidangan panas seperti Sizzling memang sesuai dijadikan hidangan makan malam. Biasanya anda perlu membelinya di kedai. Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran di rumah? Tak susah pun nak buat kuahnya jika anda jumpa resipi yang betul. Jika tak ada Hot Plate untuk sizzling tu pun tak apa. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
1 inci halia – potong ikut suka
8 ulas bawang putih – hiris nipis
6 ketul ayam – potong kecil
8 tangkai cili kering – potong kasar
10 biji cendawan kering – potong kasar (rendam terlebih dahulu dalam air panas selama 1/2 jam.
4 sudu makan tepung jagung – larutkan dalam air
Yee mee secukupnya
Sawi – potong kecil
Telur
Sos tiram – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap lemak manis – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap pekat – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
3 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kuah sizzling, panaskan minyak masak dan tumis halia serta bawang putih menggunakan api perlahan hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Tambahkan ayam serta 1 mug air. Tambahkan juga sedikit garam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4. Seterusnya masukkan cendawan diikuti sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan 3 mug air. Biarkan mereneh seketika.
5. Setelah ayam empuk dan kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. ( tip: buka api pada tahap kepanasan maksimun, kacau sehingga kuah tak berketul dan sampai pada kepekatan yang sesuai.
6. Cara membuat sizzling: Letak hot plate diatas api ( jika tiada, guna pemanggang ajaib), tuang sedikit kuah kemudian letak yee mee, sayur dan telur.
7. Buka api pada kepanasan maksimum dan tuang kuah sekali lagi keatas yee mee. Masak hingga lembut.
Bubur Chacha atau Bubur Gandumini merupakan salah satu manisan tradisional yang digemari ramai. Cara membuatnya mudah sahaja dan sesuai dijadikan sajian minum petang atau dinikmati pada bila-bila masa. Saudari Cahaya Jannah ada kongsikan resipi yang diwarisi dari arwah neneknya. Wow…Pasti enak. Jom cuba!
CARA MEMBUAT BUBUR CHACHA TERENGGANU @ BUBUR GANDUM
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat doh, campur semua bahan dan adun sebati. Adunan lebih kurang nak buat jemput-jemput dan pastikan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agak sahaja. 2. Panaskan air di dalam periuk yang bersesuaian. 3. Ambil doh tepung dan tekan ke dalam tapis seperti dalam gambar di bawah.
4. Bubur yang sudah ditekan akan masuk ke dalam air panas yang mendidih. Bubur ini akan timbul bila sudah masak.
5. Bila sudah timbul, toskan doh tadi.
6. Untuk membuat kuah, masak santan bersama gula melaka atau nise. Tambahkan daun pandan untuk bau wangi dan juga air jika perlu. 7. Sebatikan dan bila mendidih, masukkan doh tepung yang disejatkan tadi. 8. Gaul rata dan biarkan mendididh seketika. 9. Bubur Chacha @ Bubur Gandum sedia untuk dinikmati.
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!