Sedapnya Roti Kukus Gebu Ni, Cara Nak Buat Pun Mudah Je

Share

Resipi roti memang tidak pernah mengecewakan kalau dibuat dengan cara yang betul. Tidak kisah sama dibakar ataupun dikukus, memang sedap dimakan panas-panas kan.

Resipi roti kukus gebu yang dikongsi Khairunnisa Mohammad ini, memang senang nak dibuat dan naik dengan gebu dan cantik.

Sesuai untuk dijadikan menu hidangan minum petang atau juga buat sarapan buat keluarga.

 

ROTI KUKUS GEBU

BAHAN-BAHAN:

150g tepung gandum – beli online di sini


2 biji telur
1 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak – beli online di sini
Gula & mentega yang dicairkan untuk topping

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.


6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.


8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.

NOTA KAKI:

*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus.
*Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi.
*Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff