Sedapnya Singgang Pedas Ikan Kerisi ni. Makan bersama nasi panas masa waktu sahur memang membuka selera. Terdapat pelbagai versi singgang ikan tetapi resipi yang dikongsi oleh saudari Hanieliza Kamarudin adalah berasal dari Terengganu. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK SINGGANG PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
5 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan | belah 2
8 tangkai daun kesum
Ads
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar. 2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus. 2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. 3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk. 4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.
Ada yang suka makan Ikan Rebus Goreng? Hari ni min nak kongsi resipi Ikan Rebus Goreng stail orang Pantai Timur dari saudari Aisyah Humaira. Sangat mudah dan ringkas sahaja caranya.
Untuk resipi ini ikan yang biasa digunakan adalah ikan sardin @ ikan selayang. Anda hanya perlu rebus ikan dengan bahan-bahan istimewa dan bila sudah masak, biarkan semalaman. Ia bertujuan untuk menjadikan isi ikan rebus jadi lebih enak berperisa. Bila digoreng, barulah ikan lebih ‘kick’ dan serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan.
Kadang kala kita ada terbaca resipi ikan rebus yang menggunakan ikan tongkol @ ikan aya. Boleh sahaja guna ikan jenis ini tapi ikan tongkol atau ikan aya ini isinya lebih pejal serta tebal dan biasanya direbus untuk tujuan dimasak gulai.
Ikan rebus goreng enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Untuk melengkap lagi keenakannya, nikmati bersama sambal belacan dan juga sedikit renjisan kicap. Enak tak terkata! Ada juga yang suka makan dengan cara hanya gaul bersama nasi panas dan cubit sedikit cili padi. Nikmatnya. Jom cuba!
CARA MASAK IKAN REBUS GORENG STAIL ORANG PANTAI TIMUR
1.Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan semua bahan lain ke dalam periuk.
2.Tuang air. Sukatan air adalah hingga paras tenggelam separuh dari ikan.
3.Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.
4.Bila ikan sudah masak bolehlah terus digoreng.Namun jika ikan rasa ikan rebus yang lebih sedap, anda boleh biarkan semalaman di dalam periuk tersebut dan keesokan harinya boleh la digoreng. Lagi enak berperisa.
5.Dalam minyak yang sama, goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.
Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
RESIPI SIAKAP 3 RASA ARORA ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1 1/2 senduk cili kering kisar – beli online disini
1/2 senduk sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Resipi ikan siakap stim ini kena buat kalau tekak tengah rasa nak makan lauk berkuah masam-masam pedas yang segar.
Kombinasi serai, halia, bawang putih dan perahan limau kasturi memang buat kuah stim cukup ‘kick’ , wangi, masam, pedas dan yang paling penting, langsung tak hanyir!
Biasanya menu siakap stim ni kita order kat restoran Thai je kan? Tapi sebenarnya nak masak kat rumah pun senang sangat. Cuma perlu tahu bahan yang betul dan cara bancuhan kuah yang sedap.
Jom ikut resipi yang dikongsi oleh Yuhafiqah Mohd Yunus ni. Confirm hasilnya padu macam makan di kedai Siam. Bonus, boleh tambah kuantiti kuah ikut suka!
Resipi masak ikan siakap stim sedap
Bahan-bahan
Seekor ikan siakap – dibersihkan, jangan potong
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Garam & gula secukup rasa
Serai -hiris halus
Halia -hiris halus
Bawang putih -dipotong dinipis
Cili api -dicincang
Akar, batang dan daun ketumbar
Limau kasturi -dibelah dan diambil jus
Cara memasak ikan siakap stim
1. Dalam satu mangkuk, satukan sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukupnya.
2. Masukkan bawang putih, cili api dan daun ketumbar. Campur Bersama dengan 3-4 sudu air kemudian gaul sebati.
3. Letak ikan dalam bekas, masukan serai dan ikan dalam ikan. Kemudian tuang sos yang dibancuh tadi
4. Panaskan kukusan kemudian, stim hingga masak.
5. Dah masak boleh angkat dan hidangkan. Ikan stim ini bukan saja sedap tapi wangi dan langsung tak hanyir.
TIP HILANGKAN HANYIR IKAN
Gosokkan garam kasar pada badan ikan dan biarkan beberapa minit. Garam akan membantu menghilangkan bau hanyir dan membersihkan permukaan ikan.
Rendam ikan dalam susu selama 10-15 minit. Susu mengandungi enzim yang boleh membantu menyingkirkan bau hanyir.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.