Sedapnya Sambal Belacan Kuini, Bau Pun Dah Mengancam Selera

Share

Jika tiba musim buah kuini, mulalah terasa nak buat sambal belacan kuini. Memang sedap rasanya. Bau buah kuini itu sendiri dah menyengat. Buat pula sambal belacan. Padu betul makan dengan nasi putih dan ikan goreng.

Bagi yang tak pernah mencuba sambal belacan kuini, bolehlah mencuba resipi perkongsian daripada Siti Syuhaida Ramli ini. Memang padu! Nak kena cari buah kuini ni. Tak sabar nak buat.

SAMBAL BELACAN KUINI

BAHAN-BAHAN:

10 batang cili merah (dibuang biji) *

5 biji cili akar merah *

10 biji cili api kampung * – Boleh beli online di sini

Seruas jari belacan (dibakar) – Boleh beli online di sini

2 biji buah kuini (dicincang-cincang)

Sedikit asam jawa ekstra – Boleh beli online di sini

1 biji limau nipis (perah dan ambil airnya)

Sedikit garam pink Boleh beli online di sini

Sedikit organic coconut sugar

CARA MEMASAK:

Bahan bertanda (*) dikukus dahulu.

Kemudiannya, ditumbuk atau dikisar dengan semua bahan.

Akhir sekali, perahkan limau nipis.

Masukkan buah kuini yang telah dicincang. Gaul-gaulkannya.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Siap. Selamat mencuba.

Kredit: Siti Syuhaida Ramli

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Fazida