Mencari kudapan yang sedap, tapi adakala tak memenuhi cita rasa. Namun, keenakan sambal bilis crispy ini pasti tak dapat ditolak. Rasanya pedas manis, rangup pula tu. Sambil tengok tv, dalam tak sedar dah habis sebalang. Memang sedap sangat.
Kalau nak beli selalu, mungkin makan modal juga. Jadi, untuk dapatkan kuantiti yang lebih banyak dan boleh menikmatinya selalu, kita hanya perlukan sedikit sahaja usaha. Kita buat sendiri. Mudah je. Ikuti perkongsian resipi sambal bilis crispy daripada Ziela Mazlan yang buat anda tak boleh berhenti mengunyah.
*Bahan boleh agak-agak untuk banyak mana kuantiti yang kita inginkan.
CARA MEMASAK:
Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Ads
Goreng pula kacang tanah dan ketepikan.
Gorengkan bawang untuk dijadikan bawang goreng. Jika tidak, beli sahaja yang ada di pasaran.
Setelah itu, cuci bersih cili kering.
Gorengkan pula cili kering lalu dikisar kering. Ketepikan.
Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas. Kadar minyak tu boleh agak-agak saja seperti kita nak menumis sambal. Kacau sebati dalam api yang sederhana.
Ads
Masukkan cili kering goreng yang telah dikisar kering tadi. Boleh guna chopper. Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.
Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan secukup rasa ye.
Tutup api dan dan biarkan sambal betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Gaul sebati dan dah siap.
Rasanya sama saja seperti mana kita beli di luar.
Ads
Bezanya kita boleh adjust tahap kepedasan cili, rasa manis gula dan masinnya, serta kuantiti yang kita inginkan sekiranya kita ingin buat stok lebih. Selamat mencuba.
Sedap Sup Dumpling ni. Makan panas-panas memang membuka selera dan mengenyangkan. Bagi anda yang kurang gemar makan sajian yang berat, Sup Dumpling ni pastinya pilihan terbaik. Kalau dibeli, harga semangkuk boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri dengan mencuba resipi perkongsian saudari Wany Lifa ni. Kos sangat murah dan boleh dapat 40 biji dumpling tau. Sangat berbaloi.
RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE SEDAP & PASTI HALAL
BAHAN-BAHAN:
Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya
BAHAN INTI:
300gm isi ayam cincang
1/2 batang lobak merah – sagat
1 biji bawang besar – cincang halus
4 ulas bawang putih – cincang halus
Daun sup & daun bawang – potong halus
2 sudu makan serbuk lada sulah
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan serbuk cukup rasa
1 sudu teh garam dan gula
BAHAN SUP DUMPLING:
6 ulas bawang putih – ketuk & cincang
1 incin halia – ketuk & cincang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan dumpling, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit.
2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna.
3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elakkan letak dumpling terus pada periuk kukusan kerana nanti akan melekat.
4. Bila dumpling siap dikukus, boleh terus dinikmati bersama sos kicap atau digoreng. 5. Bagi menyediakan supnya, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian tuang satu mangkuk air. 6. Masukkan bahan-bahan sup yang lain. Masak hingga mendidih. 7. Masukkan dumpling yang siap dikukus tadi. Biarkan selama 2-3 minit. 8. Tabur hirisan daun bawang dan boleh padamkan api. 9. Untuk rasa lebih enak, Sup Dumpling ini boleh dinikmati bersama sos cili thai yang telah dicampur dengan sedikit daun ketumbar yang dicincang halus atau sos kicap cair.
Kredit resipi & foto: Wany Lifa
Tercari-cari ‘AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Resipi kuah meatball ala Ikea boleh buat di rumah sahaja, mudah dan sedap. Sesekali bila terasa nak makan Swedish Meatball seperti di Ikea tapi jauh nak ke sana, boleh buat sendiri sahaja kuah yang persis dengan rasa makan di restoran.
Beli sahaja meatball dan buat kuah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Liza Idris berkongsi resipi kuah meatball yang diinspirasikan dari restoran Ikea. Selamat mencuba!
Kuah Meatball Ala Ikea
Bahan-bahan:
Meatball
Bahan-bahan kuah:-
1 biji bawang holand.
2 biji tomato saiz sederhana.
1 kuib pati ayam.
2 sudu tepung gandum.
1 gelas susu segar kotak.
1 gelas air.
2 sudu sos tomato.
2 sudu sos tiram.
2 sudu kicap biasa.
3 sudu sos black pepper.
2 sudu buttercup.
Cara Memasak:
1.Panaskan kuali, masuk 2 sudu buttercup. Tak kisahla butterglass ke, butterbowl ke, asalkan adik beradik butter
Butter dah mencair, masuk hirisan bawang holand yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu di tasik madu.
Masuk 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati.
Letak tomato dan kacau lagi.
Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh.
Masuk pula air 1 gelas. Kacau dan kacau lagi.
Masuk semua sos sekali jalan. Senang kerja. Kacau sampai sebati.
Letak 1 kiub pati ayam.
Garam secukup rasa.
Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap.
Masuk kuah dalam pengisar dan blend.
Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter dan goreng meatball. Guna minyak masak pun boleh. Sajala guna butter untuk rasa lebih lemak lagi. Kemudian goreng kentang goreng.
Saya guna sayur campur yang ada dalam peti ais je. Rebus bagi lembut.
Susun meatball dalam pinggan dan tuang kuah tadi. Hias dengan sayur dan kentang goreng.
Jom cuba Cekodok Sukun. Buah Sukun biasanya digoreng, tapi jika ada buah terlebih masak, boleh diolah menjadi Cekodok Sukun yang sangat sedap ni. Barulah tidak membazir dan terbuang begitu sahaja. Caranya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Seakan membuat Cekodok Pisang sahaja namun rasanya sangat enak dan luar biasa. Saudari Adrianna Arissa ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI CEKODOK SUKUN SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Buah sukun yang sudah lembik / masak
Tepung gandum – beli online disini
Gula ikut kemanisan
Sedikit garam
1 sudu kecik baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit dan lenyek isi buah sukun yang sudah masak hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum. Anggaran sukatan tepung macam nak buat cekodok pisang. Jangan banyak sangat nanti cekodok keras. Letak sedikit demi sedikit sambil diadun.
3. Masukkan juga gula secukupnya, garam dan baking powder.
4. Kacau adunan hingga sebati dan bolehlah digoreng.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.