Makan

Sedapnya Sambal Ronggeng, Kentang Sagat Digaul Sambal Kering. Pedas, Rangup Memang Syok Meratah

Share

Biasa kita buat atau beli sambal kering ikan bilis, tapi yang ini sambal kering kentang sagat. Tengok saja pun kita dah tahu sedap.

Hanya memerlukan empat bahan utama untuk membuatnya, sambal ini juga tahan lama hingga tiga bulan. Resipi sambal yang turut dikenali sebagai sambal ronggeng ini dikongsi oleh penjualnya Mawar Alina.

Resipi sambal ronggeng atau sambal kering kentang sangat

Bahan-bahan

Ubi kentang
Cili kering
Ikan bilis
Bawang merah
Tepung Bestari
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara membuat

1. Sagat kentang, cuci bersih & toskan airnya

2. Cili kering, potong buang biji kemudian basuh bersih. Rebus cili kering sekejap, bilas dan toskan airnya

3. Ikan bilis basuh bersih, toskan airnya. Tabur sedikit tepung bestari (tepung jagung pun boleh) untuk hasil rangup

4. Goreng ikan bilis, kentang, cili kering dan bawang berasingan. Goreng satu persatu hingga garing.

5. Sediakan chopper, kisarkan cili kering, ikan bilis dan bawang goreng.

6. Gaulkan mesra bahan kisar dengan kentang goreng. Tambah sedikit garam, gula & perasa jika suka.

7. Sambal ronggeng ini lebih sedap biarkan semalaman baru makan supaya rasa cili sebati dengan kentang.

8. Sambal ini boleh tahan lebih 3 bulan. Tetap garing asalkan tutup elok bekas kedap udara.

Kredit resipi dan foto: Mawar Alina

 

Published by
Rose