Sedapnya bila dapat makan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai. Makan pula dengan nasi panas, memang boleh buat makan bertambah-tambah. Yang nak diet tu, tangguh dululah dietnya. Bila sudah ada Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, tak perlulah lauk-lauk lain. Lauk ini sahaja sudah cukup membuka selera. Jom kita cuba resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim
RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya – beli online
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan – beli online
Garam secukup rasa – beli online
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Sumber kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official