Sedapnya Sizzling Spaghetti Buttermilk With Popcorn Chicken, Mudah & Cepat!

Share

Pernah dengar spaghetti masak sizzling? Rupanya sedap juga masak spaghetti dengan cara lain.

Resipi sizzling spaghetti buttermilk with popcorn chicken yang dikongsi Nurha Muhammad ini, mudah je nak disediakan. Rasanya pun sangat sedap.

 

SIZZLING SPAGETTI BUTTERMILK WITH POPCORN CHICKEN

BAHAN- BAHAN:

1 pekat spagetti Balducci
9 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini
3 tangkai daun kari – beli online di sini
4 biji cili padi merah | hiris halus – beli online di sini
100g mentega – beli online di sini


1 tin susu cair – beli online di sini
1 cawan susu full cream
2 sudu teh serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah & lada hitam berperisa
2 keping keju cheddar

 

Dapatkan Muzy Stainless Steel Drill-Free Rack dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12 minit. Setelah masak, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.
4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.

BAHAN POPCORN CHICKEN:

2 keping dada ayam | hiris dadu
2 sudu besar tepung goreng ayam pedas
3 sudu besar tepung goreng ayam asli
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini


1 sudu besar tepung beras – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sebati.
3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.

CARA MENGHIDANG:

1. Panaskan kuali hot plate.
2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.
3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.

Kredit resipi: Nurha Muhammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff