Sedapnya Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pegaga

Share

Masak lemak cili api memang sinonim dengan masyarakat di Negeri Sembilan. Resipinya pun mudah dan ringkas sahaja. Pelbagai menu boleh dihasikan menerusi masak lemak cili api ini. Sedap juga kalau buat ikan tenggiri masak lemak cili api campur pegaga.

Menurut SuiSan Aliezsha yang berkongsikan resipi menu ini, katanya resipi ini boleh juga disajikan untuk menu berpantang. Cuma cili api digantikan dengan lada hitam. Jom kita buat.

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API & PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri (anggaran 600g, isi ikan tenggiri bunga lebih lembut daripada tenggiri batang)

Cili api  (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

Kunyit hidup (ditumbuk) – Boleh beli online di sini

1 biji kelapa parut (bersaiz besar)

Pegaga

Asam keping – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Sediakan kuali dan masukkan ikan.

Masukkan pula cili api yang telah ditumbuk dengan kunyit hidup.

Masukkan santan yang telah diperah dan diambil patinya. Pastikan ambil kelapa tua.  

Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan asam keping. Pastikan garam secukup rasa.

Apabila kuah dah masak pekat, boleh masukkan pegaga.

Kacau dalam beberapa minit dan dah siap.

Sedia untuk dinikmati. Jangan lupa padankan dengan ikan masin goreng.

Selamat mencuba.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida