Sedapnya Tortilla Bakar Dimakan Dengan Ayam Goreng & Keju

Share

Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.

Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.

TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 keping tortilla
  • 150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
  • Anchor Butter Salted secukupnya

BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):

  • 4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
  3. Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
  4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
  5. Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma