Sarapan pagi dengan roti memang enak. Buat sarapan pagi tuna croissant sandwich ni. Rangup berongga sedap makan ketika panas mahupun sejuk.Pasti sekeluarga suka dengan inti yang padat begini. Puas hati makan.
TUNA CROISSANT SANDWICH
Bahan-bahan:
1 bungkus roti Croissant dipotong 2
Hirisan timun jepun
Hirisan tomato
Salad romaine
Capcicum dicincang (kalau suka pedas guna cili padi)
Bahan inti tuna:
Ads
1 tin tuna mayonis
1 tin tuna cili
3-4 sudu besar mayonis
4 kepingan cheesedale
Cara membuat:
1.Roti croissant dipotong di bahagian tengah tanpa putus.
2.Dalam mangkuk, masukkan tuna,mayonis,serbuk lada sulah, serbuk lada hitam,sedikit garam dan Gaul rata.
3.Sudukan tuna yang telah dibancuh di tengah roti,letakkan cheesedale atasnya
4.Bakar selama 2 minit,tekan menu “air fryer” dengan suhu 200c.
Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.
BREAD CUP BERINTI DAGING KEEMA BERKEJU
Bahan-bahan:
6-8 keping roti
200gram Perfect Italiano Perfect Bakes
Anchor Unsalted Butter
Bahan-bahan B (Daging Keema):
400gram daging kisar
180gram kacang peas (dalam tin)
120gram Anchor Salted Butter
2 biji tomato – cincang
1 tangkai daun ketumbar – cincang
1 labu bawang besar – cincang
3 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih – kisar halus
2sm halia – kisar halus
Rempah 3 sekawan – ½ batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga cengkih
1 helai daun bay kering
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat daging keema; cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih kisar dan halia kisar hingga wangi. Masukkan rempah 3 sekawan tumis lagi hingga wangi.
Masukkan rempah garam masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air lalu kacau rata. Tumis lagi hingga rempah masak.
Masukkan daging kisar, daun bay dan tomato. Didihkan hingga daging empuk.
Masukkan kacang peas dan tambah garam secukupnya. Masak hingga semua bahan masak sempurna. Tutup api dan tabur cincangan daun ketumbar. Sejukkan sebentar.
Sediakan dulang/acuan muffin. Sapu Anchor Unsalted Butter secukupnya dalam acuan muffin. Letak sekeping roti dalam acuan muffin, leperkan sedikit dan kemaskan kelilingnya.
Letak sesudu inti keema dalam roti. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga roti keperang-perangan. Hidangkan panas.
Pernah dengar tak momo? Haa momo ni sebenarnya ialah antara makanan yang sangat popular di Nepal, rasanya macam dim sum, tetapi isinya fresh menggunakan sayur dan daging atau isi ayam. Di Nepal, Momo dimakan bersama kuah tomato atau sup.
Ia antara menu yang sihat kerana cara masakan nya adalah secara kukus dan bebas minyak. Mengikut resepi asli Nepal, terdapat banyak lagi rempah yang mereka gunakan, tetapi resepi kali ni kita cuma gunakan serbuk kari ayam sahaja. Selamat mencuba!
Resepi Momo
Bahan-Bahan
Wantan Dumpling/Dumpling Pastry
Isi Ayam (cincang)
Lobak merah (sagat)
Bawang besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cendawan steamboat (cincang)
Daun ketumbar (potong kecil)
Daun bawang (potong kecil)
Sedikit serbuk kari ayam
Garam
Boleh didapati di mana-mana pasaraya besar
Ini rupa wantan pastry atau kulit dumpling tu. Tak kisah mana-mana jenama janji halal ya
Nak cuba buat kudapan yang sedap tapi senang nak buat? Jom cuba buat Chezzy Chicken Crisphyy. Resipi ni adalah daripada Mimie Zulhelmi. Guna roti dengan isi ayam dan keju sahaja sebagai bahan utama. Cubalah buat. Nampak sedap sungguh.
CHEEZEY CHICKEN CRISPHYY
BAHAN INTI:
Marjerin atau mentega untuk menumis
3 labu bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (cencang)
Isi ayam atau ayam kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin atau mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam. Kacau.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Masak lagi sehingga kering air ayam.
5. Angkat dan isi dalam mangkuk. Ketepikan.
BAHAN PENYEDIAAN:
Roti
Serbuk roti
4 biji telur ayam
Keju mozarella
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1. Ambil sekeping roti dan lenyek. Kemudian sapu telur atas roti tadi.
2. Letak inti dan keju. Lipat roti dan tekan keliling (Proses ni kadangkala kulit roti terbuka balik. Jangan risau kerana itu biasa berlaku. Terus saja buat yang lain. Hampir siap nanti tekan semula yang terbuka tadi.)
3. Kemudian celup roti berinti ke dalam telur ayam. Gaul dalam serbuk roti. Ulang semua langkah hingga siap semua roti.
4. Panaskan minyak masak. Goreng roti dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dimakan.
5. Enak dimakan dengan cheezy, sos cili atau mayones.