Salah satu resipi yang sangat enak jika masak menggunakan udang segar. Kombinasi mentega, daun kari serta manis udang tu memang sedap hingga menjilat jari! Sesuai sangat cuba di hari cuti ni. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 250gm udang saiz besar |digoreng ½ masak
- 5gm mentega |untuk tumis
- 1 ½ tin susu cair
- 7 helai daun kari
- 3 biji cili padi |dihiris
- 1 biji cili merah |dihiris
- Garam secukup rasa
- 2 biji kuning telur
- 10gm mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, daun kari dan cili padi. Biarkan ia seketika. Pastikan ia dimasak di bawah api yang sederhana.
- Masukkan pula susu cair dan garam secukup rasa.
- Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.
- 4.Masak kuning telur bersama mentega yang dicairkan. Tuangkan ke atas udang yang telah siap dimasak.
Info Chef: : Untuk rasa yang lebih sedap, pastikan udang digoreng setengah masak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang. Boleh Buat Air Rebusan Macam Ni
Macam ni rupanya buat stok air rebusan. Nah…Siapa sangka, dari bahan buangan seperti kulit dan kepala udang, boleh diguna untuk membuat penambah rasa pada masakan. Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya guna sisa dari bahan masakan, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda. Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT STOK AIR REBUSAN UDANG YANG SEDAP & JIMAT
BAHAN-BAHAN:
- Kepala dan kulit udang
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Masukkan ke dalam periuk dan penuhkan air. Rebus.
3. Bila air rebusan tinggal separuh, padamkan api. Jika suka, boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu kemudian tapis untuk mengambil patinya.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk bekukan.
4. Untuk lebih mudah, biasanya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
5. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sup Sayur, Sambal Tumis, Bihun Sup dan macam-macam lagi.
Oh, ada satu tip tambahan buat anda. Kalau beli udang, terutamanya yang bersaiz besar, anda boleh bersihkan mengikut cara-cara ni.
Buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Kredit foto & resipi: Chef Sue M Arukin
Dapatkan lebih banyak petua-petua yang mudah & memudahan kerja anda di dapur di laman web RASA:
https://www.rasa.my/ini-tip-nak-hilangkan-lilih-pada-buah-mudah-sangat/
Hilangkan Masalah Sinki Tersumbat Dengan Dua Bahan Ini, Modal Hanya RM6.40
Tonton lebih banyak video TIP & TRIK di Youtube @Majalah Rasa Official
Gulai Lemak Air Tangan Ibu & Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini.
“Dulu walau banyak mana makanan saya borong di Bazar Ramadan saya beli, balik rumah, masakan mak juga saya cari,” beritahu Fad Bocey. Nampak macam kelekar tetapi memang itulah yang berlaku di kalangan anak-anak. Sementelah lagi kalau bujang. Biarpun simple air tangan ibu tetap terbaik pada selera si anak.
Akui Fad Bocey, satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah dia jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bila berbuka, antara kuih kegemaran Fad adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
“Saya sangat terharu dan seronok bila Chef Wan undang saya bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bestnya, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak secara live dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap.
Anda yang ingin mencuba menu yang disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
- Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
- Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
- Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air daun pandan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
- Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
- Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
- Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
- Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
- Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan gan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan padasetiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Lima Jenis Rendang Boleh Buat Sendiri, Perghhh Sedapnya.
Sekarang ni rendang bukan hanya tunggu raya baru boleh makan, bila-bila teringin boleh masak sendiri ye..Istimewanya rendang bukan hanya boleh dipadankan dengan nasi putih semata tetapi juga boleh dimakan dengan nasi impit lemang, pulut, roti dan juga boeh dijadikan inti pizza. Perghhh sedapnya…Kalau korang teringin nak cuba ini lima pilihan rendang yang dikongsikan:-
RENDANG DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kerbau | dihiris lebar
- 1liter santan pekat
- 500ml santan cair
- 4 sudu makan kerisik
- 3 batang serai | dititik
- 3cm lengkuas | dititik
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan Kisar:
- 10 biji bawang merah
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 3cmkunyit hidup
- 3 batang serai
CARA MEAMSAK:
- Bersihkan daging dan toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging, kacau rata, dan biarkan air daging keluar.
- Setelah air daging kering masukkan santan cair, biarkan mereneh hingga daging empuk.
- Masukkan pula santan pekat, air asam, garam dan gula secukupnya.
- Apabila timbul minyak, kecilkan api dan masukkan kerisik.
- Teruskan kacau hingga kuah rendang pekat atau kering. Bergantung kepada citarasa anda.
RENDANG AYAM DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana
- 500ml santan pekat
- 1 helai daun kunyit | dicarik-carik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
- Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm lengkuas
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudan toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
- Seterusnya masukkan santan dan asam gelugor, biarkan mereneh.
- Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
- Masukkan garam dan gula, biarkan mereneh hingga kuah pekat.
- Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
- Kecilkan api biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
- Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.
RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL |dibersihkan dan tos
- 1liter santan pekat
- 2 helai daun kunyit | dicarik-carik
- 3 batang serai | dititik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 tangkai cili kering
- 8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
- Masak sehingga kuah hampir pekat.
- Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugor, garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
- Sedia dihidangkan.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang |dipotong dadu
- 1 ½ liter santan
- 4 sudu makan kerisik
- 2 helai daun kunyit | disiat-siat
- 4 helai daun salam
- 3 batang serai | dititik
- Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih
- 1 keping gula Melaka
- Minyak untuk menunis
Bahan Sangai Dan Kisar Kasar:
- 2 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- Bahan Kisar:
- 15 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 4 batang serai
- 3cm halia
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar lebih kurang dua jam.
- Panaskan minyak, tumiskan serai titik, rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah diperap dan kacau hingga air daging kering.
- Masukkan santan, garam gula Melaka, separuh dari kerisik, daun kunyit dan daun salam. Kacau sekali sekala.
- Bila kuah pekat dan daging empuk. Masukkan bahan sangai dan sebahagian lagi kerisik tadi.
- Kacau hingga rendang betul-betul kering.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | potong sederhana
- 2 liter santan
- 2 batang serai | racik halus
- 1 batang serai|titik
- 4 helai daun limau purut
- 2cm asam gelugur
- 2 helai daun kunyit|hiris
- BAHAN KISAR:
- 5 biji buah keras
- 6 ulas bawang putih
- 100gm cili besar merah
- 12 biji bawang merah
- 100gm cili padi merah
- 2cm halia |bakar sedikit
- 2cm lengkuas
- 3cm kunyit|bakar sedikit
- 1/2 sudu makan ketumbar
- 2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 1 sudu teh jintan| sangrai
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit.
- Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
- Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
- Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.