Sedapnya Udang Mentega Daun Kari. Menggugat Iman Sungguh!

Share

Salah satu resipi yang sangat enak jika masak menggunakan udang segar. Kombinasi mentega, daun kari serta manis udang tu memang sedap hingga menjilat jari! Sesuai sangat cuba di hari cuti ni. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz besar |digoreng ½ masak
  • 5gm mentega |untuk tumis
  • 1 ½ tin susu cair
  • 7 helai daun kari
  • 3 biji cili padi |dihiris
  • 1 biji cili merah |dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji kuning telur
  • 10gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, daun kari dan cili padi. Biarkan ia seketika. Pastikan ia dimasak di bawah api yang sederhana.
  2. Masukkan pula susu cair dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.
  4. 4.Masak kuning telur bersama mentega yang dicairkan. Tuangkan ke atas udang yang telah siap dimasak.

Info Chef: : Untuk rasa yang lebih sedap, pastikan udang digoreng setengah masak.

 

Published by
Nur