Pernah jumpa Mee Sanggul di kedai tapi tak tahu macam mana nak masak? Nah…Boleh cuba resipi Mee Sanggul Goreng Basah perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Cukup mudah dan tentunya membuka selera. Tengoklah hasil mi nya. Wow! Ada mi ni di rumah, kerja memasak pun jadi senang. Boleh disimpan lama kerana mi ini adalah jenis mi kering. Jadi bila-bila nak makan, tinggal masak je. Mudah kan? Jom cuba!
RESIPI MEE SANGGUL GORENG BASAH YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 gulung Mee Sanggul – direbus @ rendam sehingga lembut dan toskan – beli online disini
Udang secukupnya- dicuci bersih
4 biji telur
4 ulas bawang putih – diketuk
1 biji tomato – belah 4
Kucai secukupnya
Tauge secukupnya
7 sudu makan cili kisar – beli online disini
4 sudu makan sos tiram – beli online disini
4 sudu makan sos cili – beli online disini
4 sudu makan sos tomato – beli online disini
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Serbuk perasa jika perlu
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaul dan biarkan sehingga udang masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis dan serbuk perasa. Gaul hingga sekata.
5. Masukkan hirisan tomato dan pecahkan telur di dalam kuali. Gaulkan.
6. Masukkan mee sanggul, tauge dan juga kucai. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan masak seketika.
7. Angkat dan siap Mee Sanggul Goreng Basah siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/dining/eplas-baby-silicone-feeding-plate-elephant-and-bowl-20110139?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” background=”#e9ef2d” color=”#0d0707″ size=”5″ icon_color=”#0f0707″]eplas Baby Silicone Feeding Plate Elephant and Bowl[/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official