Nikmatnya kalau dapat berbuka puasa dengan minuman Air Soda Gembira. Tak perlu susah-susah beratur panjang nak beli di bazar Ramadan. Boleh buat sendiri di rumah. Bahan tak banyak dan senang sangat nak buat. Jom kita cuba resipi Air Soda Gembira hasil perkongsian MarianaAzry
Buat susu pekat manis sendiri? Ye boleh saja membuatnya sendiri dengan menggunakan tiga bahan dalam masa 3 minit sahaja mengikut resipi yang dikongsi ini.
Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, boleh diolah jadi susu pekat manis.Menarikkan, so tak payah beli, boleh jer buat sendiri.
Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk,baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Susu Pekat Manis Homemade
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:
1.Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
Teh halia antara minuman tradisional yang selalu dicari bila perut terasa kembung, senak, badan berangin atau mengalami masalah pencernaan.
Keberkesanannya memang diakui sejak daripada dulu lagi. Badan akan terasa ringan dan selesa selepas meminumnya.
Bagi memudahkan penyediaan minuman ini, apa kata buat terus kiub teh halia seperti yang dikongsi oleh Che Nom yang personaliti masakan dan penggiat You Tube terkenal di tanah air.
Menurut beliau, kiub ini bukan saja memudahkan tapi tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk beku. Untuk lebih khasiat boleh gunakan halia Bentong.
Cara buat kiub teh halia
1. Sediakan bahan membuat teh halia
Ambil halia Bentong basuh bersih-bersih dan buang kulitnya (jika suka). Potong halia kecil-kecil supaya senang dikisar.
2. Kisar dan rebus
Kisar halia dengan sedikit air (lebih senang kalau guna blender). Kemudian masak sekejap atas dapur. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh campur gula melaka atau madu sikit. Masukkan juga sedikit air supaya tak terlalu pekat.
3. Tapis dan sejukkan
Selepas mendidih, tapis jika tidak mahu serat halia. Tapi boleh saja jika tidak ditapis, ikut selera masing-masing! Biarkan sejuk sekejap sebelum masukkan dalam acuan kiub ais.
4. Bekukan
Masukkan dalam acuan ais atau bekas kecil-kecil. Simpan dalam peti sejuk beku sampai beku keras. Kemudian boleh keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup. Senang nak ambil seketul-seketul bila mahu diminum nanti.
Cara penyediaan
Bila teringin, cuma keluarkan satu atau dua kiub, letak dalam cawan dan tuang air panas. Jadi lah teh halia panas beraroma. Teh ini paling sedap dihirup selepas makan makanan berat.
Kiub ini akan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk beku. Boleh juga jika mahu ditambah lemon atau herba lain yang bersesuaian.
Anda suka minum air rebusan buah kering? Dr. As Zulqa kali ini mendedahkan lima manfaat daripada air rebusan buah kering. Buah tersebut adalah kurma merah, logan dan goji beri. Menurut Dr. As Zulqa, manfaat tersebut adalah seperti berikut.
MANFAAT AIR REBUSAN BUAH KERING
1) BANTU KULIT LEBIH CANTIK
Dr. As Zulqa mengatakan minuman daripada air rebusan kurma merah, logan dan goji beri dapat bantu kulit lebih cantik. Ini kerana minuman ini kaya dengan kesan antioksidan dan vitamin C. Justeru boleh bantu menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit sehingga menyebabkan kulit nampak tua daripada usia sebenar.
2) BANTU STABILKAN EMOSI WANITA
Minuman herba ini kaya dengan mineral. Justeru dapat bantu melancarkan pengaliran darah dan menstabilkan hormon wanita. Menurut Dr. As Zulqa, apabila hormon stabil maka emosi wanita juga akan stabil dan tenang. Bagus juga untuk diminum ketika wanita berpantang selepas bersalin.
“Minuman herba ini sangat sesuai sebagai minuman dalam pantang untuk bantu pulihkan bahagian dalaman wanita. Rugilah siapa tak cuba air rebusan ini yang sedap dan tidak pahit ni,” ujar Dr. As Zulqa.
3) MILK BOOSTER DAN ENERGY BOOSTER
Menurut Dr. As Zulqa, minuman ini juga tinggi kandungan mineral dan vitamin C. Bagus dijadikan sebagai milk booster untuk merangsang penghasilan susu ibu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi, mesti sangat faham dengan keadaan untuk memastikan susu sentiasa mencukupi bagi keperluan anak sehingga mencapai usia 2 tahun.
4) BANTU KEKALKAN KESIHATAN BADAN
Air rebusan herba ini juga dikatakan sangat bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Amalkan minum air rebusan ini sebagai ikhtiar untuk melawan penyakit mudah berjangkit misalnya batuk dan selesema.
5) SEBAGAI MINUMAN DETOKS
Dr. As Zulqa turut menyarankan minuman ini bagi yang ingin menjaga berat badan ideal. Ini kerana minuman ini boleh bantu melancarkan sistem pencernaan, jadi amat sesuai dijadikan air detoks.
Jom kita lihat resipi membuat minuman yang banyak manfaatnya ini.
AIR REBUSAN KURMA MERAH, LONGAN DAN GOJI BERI
BAHAN-BAHAN
2 jag air
200 gram longan kering
50 gram kurma merah
Gula batu secukupnya
100 gram goji beri
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air. Kemudian masukkan longan kering dulu kerana longan kering paling lambat empuk.
2. Selepas longan kering tadi kembang, masukkan kurma merah dan gula batu.
3. Akhir sekali, masukkan goji beri.
4. Selepas semuanya kembang, tutup api.
Begini keadaan apabila semuanya sudah kembang elok.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.