Cuaca panas begini memang sedap dapat air tembikai lemon laici. Wah, dengar nama menu air pun dah terbayang sedapnya lalu di tekak. Apatah lagi saat menikmatinya.
Kali ini, Ben Safwan berkongsi resipi untuk menyediakan Air Tembikai Lemon Laici yang sedap ini. Tambahkan pula ketulan ais. Minum sejuk-sejuk. Fuh! Memang meredakan suasana dan cuaca yang panas ni.
Bahan-bahan penyediaan pun mudah sahaja. Jom kita buat. Boleh juga buat untuk dihidangkan pada tetamu yang datang.
Masukkan tembikai yang telah dipotong kulitnya ke dalam pengisar.
Campurkan air lemon sekali ketika mengisar.
Kemudian, tapiskan untuk buang sedikit hampas atau buihnya. Lebih kurang 1/3 hampasnya perlu dibuang untuk mengelakkan jus tersebut daripada pekat bersalut.
Setelah itu, tambahkan air laici tin dan bolehlah letakkan ketulan ais.
Tak perlu tambah gula kerana air dan buah ini sudah cukup manis.
Angin dalam badan memang boleh mengganggu rutin seharian. Perut rasa memulas, rasa sakit di bahagian dada dan selalu sendawa. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan, memberikan resipi menghasilkan minuman yang boleh bantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Bukan setakat itu, boleh juga mengeluarkan peluh tau.
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
Hanya menggunakan dua bahan yang mudah didapati, anda mampu menghasilkan minuman yang bagus dalam membantu menurunkan bacaan kolesterol. Anda boleh cuba.
Menerusi perkongsian Puan Lin Zalika, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan jus bagi menurunkan paras kolesterol yang hanya menggunakan dua bahan sahaja. Antara yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
30 ulas bawang putih | ulas besar
5 biji lemon
1 liter air
CARA-CARA:
1. Kisar bawang putih, lemon ( bersama kulit) dan air hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk menikmatinya, minum 10 @ 15ml pada setiap pagi sebelum sarapan.
5. Bagi yang mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi, boleh minum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Bila sebuat pasal kopi ais, terbayang segelas kopi sejuk yang pekat, sedikit pahit, tak terlalu manis dan penuh rasa lemak. Memang nikmat dapat menikmati minuman sebegini. Andai dibeli di kafe tersohor mahupun di restoran mamak, harganya boleh tahan. Sedangkan cara membuatnya cukup mudah. Benda yang boleh jimat, kenapa tidak kan? Jom buat segelas guna resipi perkongsian saudara Ben Safwan. Pasti puas hati. Ramai yag dah cuba dan puji. Anda pun jangan lupa untuk rasa tau. Mudah sahaja cara dan bahannya.
RESIPI KOPI AIS KAW PALING SEDAP. BANCUH SENDIRI JE
1.Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api. 2. Masukkan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. 3. Tapis dan tuang masuk air kopi tadi ke dalam jug. 4. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat ke dalam jug.
5. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun.
6. Simpan bancuhan kopi kaw dalam freezer atau boleh terus dinikmati.