Setiap kali hendak menyambut hari raya, selalunya beberapa jenis sayur-sayuran ’emas’ ini memang selalu ‘sold out.’ Pendek kata memang payahlah hendak cari.
Kalau di hari-hari biasa, memang nampak ‘bersepah’ sahaja di pasar dan pasar raya tetapi apabila di penghujung Ramadan, sayur-sayuran ini memang menjadi rebutan ramai.
Bagi mereka yang tidak ada tanah untuk bercucuk tanam (tinggal di kondominium/pangsapuri/flat) tentu susah hendak dapatkan sayur-sayuran ’emas’ ini.
Melalui perkongsian Hani Mynis wanita ini berkongsi tip bagaimana menyimpan sayur-sayuran untuk kegunaan membuat menu hari raya dengan cara yang praktikal dan bijak.
Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mencari daun kunyit di kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya. Rendang kalau tiada daun kunyit, bukan rendanglah namanya. Tahun ini tidak perlu lagi menggagau cari semua sayur-sayuran penting ini.
TIP SIMPAN SAYUR BEKU UNTUK KEGUNAAN MASAK MENU RAYA:
✅Daun kunyit
✅Serai
✅Lengkuas – BELI ONLINE
✅Halia – BELI ONLINE
✅Kunyit hidup – BELI ONLINE
✅Bunga kantan
✅Daun pandan
✅Daun kesum – BELI ONLINE
ADA CARA DAN SYARAT KALAU HENDAK MENYIMPAN SAYUR-SAYURAN DI BAHAGIAN SEJUK BEKU (KAEDAH SEJUK BEKU)
* Mesti bersihkan dan basuh bersih-bersih semua sayur-sayuran terlebih dahulu.
*Tengok macam mana hendak guna sayur itu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit, kalau masak rendang kita racik halus-halus terus.
*Apabila hendak digunakan, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik. Jangan tunggu nanti-nanti, takut lupa terus. Jadi lembik pula sayur-sayurannya.
*Apabila hendak guna, tidak perlu basuh. Terus campak je dalam kuali atau periuk. Tidak perlu defrost/thaw dulu. Dalam keadaan beku sayur-sayuran itu boleh terus masuk ke dalam kuali atau periuk.
*Jika daun sup, masuk dalam bekas-bekas kecil dan asing-asingkan sekali penggunaannya. Tambah air sikit paras daun, biar ia jadi air batu daun sup.
*Daun ketumbar tidak sesuai untuk dibekukan kerana kerangupannya akan hilang. Daun ketumbar yang rangup lebih sedap.
Menyentuh tentang ‘ketahanan’ sayur-sayuran selagi tidak habis digunakan, sayur-sayuran ini boleh tahan sehingga tiga hingga enam bulan.
Semoga bermanfaat. Buatlah persediaan supaya nanti ketika hampir-hampir hendak raya tidak perlu susah-susah mencari semua jenis sayur-sayuran ’emas’ ini.
Sumber kredit: Hani Mynis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official