Kuih puteri ayu antara kuih tradisi yang selalu kita nikmati waktu pagi mahupun petang. Tekstur yang gebu manis bersama lemak kelapa parut membuatkan ramai yang menyukainya.
Jika satu keluarga suka dengan kuih ini, elok juga kalau kita belajar buat sendiri. Nak buat 100 biji pun boleh, puas hati makan. Sambil itu boleh sedekah juga pada ahli keluarga terdekat atau jiran.
Cara membuat dan sukatannya dikongsi oleh Kak Sue SarangHae II.
Bahan ayak
10 cawan tepung gandum
5 sudu kecik baking powder
(Dah siap ayak, ketepikan dulu)
Bahan untuk mixer
6 biji telur gred A/B
4 cawan gula halus
5 sudu kecik ovalette
(Putar dalam mixer bahan di atas sampai kembang putih dan bertanduk. Dalam 5 minit. Ini langkah paling penting)
Bahan berair
2 cawan santan pekat
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan, tapis dan ambik airnya)
1 cawan air putih
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan berair dalam satu jag.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan yang mixer berselang seli tepung dan bahan berair. Putar supaya sekata saja, tak perlu putar lama.
3. Apabila dah siap putar, ketepikan dan perap adunan dalam 1 ke 2 jam
4. Sambil itu panaskan kukusan, kukus kelapa parut yang digaul jaram dan sedikit tepung jagung selama 5 minit.
5. Sementara itu oles acuan puteri ayu dengan minyak. Bila kelapa parut dah siap kukus keluarkan. Biarkan air kukusan mendidih.
6. Masukkan kelapa parut dalam acuan, tekan sampai habis dalam. Menggunakan piping bag masukkan adunan dalam acuan bila adunan dah siap perap satu hingga dua jam.
7. Sebelum guna adunan, guna spatula kaup balik untuk buang angin kemudian baru masukkan dalam piping bag dan tekan ke dalam acuan.
8. Kukus antara 8-10 minit saja. Penutup periuk kukus pastikan dilapik kain. Supaya air tak jatuh atas kuih yang akan menyebab kuih bantat.
9. Dah cukup 8 minit, angkat dan keluarkan. Masukkan acuan lain dan kukus lah smpai siap semuanya.
TIP: Cawan sukatan pastikan guna cawan yang sama.
Selamat mencuba.
Sumber: Artikel ini olahan daripada laman web Vanilla Kismis & Kak Sue SarangHae II.