Golden Fries Ball ni kelihatan enak dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan kudapan buat anak-anak. Menurut empunya resipi saudari Nor Hafizah Yazid, kudapan ini rangup di luar, ‘melting’ bila dimakan. Wow… Pasti ramai yang gemarkannya. Bagi anda yang nak mencuba, resipi mudah lengkap dengan bahan serta cara pembuatannya ada disertakan di bawah ini. Selamat mencuba!
CARA BUAT GOLDEN FRIES BALL (Anggaran 30 biji / ikut saiz)
1.Didihkan air dan rebus kentang yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam. Kalau boleh, jangan rebus terlampau masak. Nanti bila digigit, tiada rasa ketulan kentang.
2. Bila kentang sudah siap direbus, toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bersama telur, mix herbs, marjerin, kiub pati ayam dan tepung gandum.
Ads
3. Lenyekkan semua bahan hingga sebati.
4. Cubit doh dan bulatkan. Kalau melekat di tangan, guna tepung. (empunya resipi guna tepung jagung)
5. Bila sudah siap dibulatkan, celup ke dalam bancuhan telur.
6. Seterusnya golekkan dalam pinggan berisi kepingan cornflakes yang siap diramas.
7. Rehatkan Golden Fries Ball sekejap dalam 5 – 10minit.
8. Golden Fries Ball yang sedia untuk digoreng.
Ads
9. Panaskan minyak dan goreng guna minyak sederhana panas. 10. Balik-balikkan bebola perlahan-lahan supaya masak sekata. 11. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk membuat Golden Fries Ball , boleh juga tambah keju @ sayuran kalau anak-anak suka. Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa-apa bahan yang boleh buat salutan rangup.
Anda peminat Kuetiau Celup Daging atau Kuetiau Sup Daging yang popular di restoran Boat Noodle? Tak perlu susah-susah pergi ke luar, sebab dengan resipi dari saudari Leeya Bridal Melaka ini, anda boleh hasilkan sendiri sup boat noodles yang sedap dan mudah di rumah!
Sup yang kaya rasa, kombinasi daging, bebola daging, serta kuetiau yang lembut akan buat anda rasa macam makan di restoran mewah. Jom saya kongsikan cara mudah dan bahan-bahan yang anda boleh dapatkan saja di pasar.
CARA MEMASAK KUETIAU CELUP DAGING ALA BOAT NOODLE
BAHAN-BAHAN:
Daging (secukupnya, hiris nipis)
2 ulas bawang putih (tumbuk hancur)
2 inci halia (hiris)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kacang goreng tumbuk (untuk rasa garing & sedap)
1 sudu besar serbuk cukup rasa (atau secukup rasa)
4 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil garam (atau ikut selera)
2 sudu besar minyak bawang putih
Kicap sotong Thai atau sos ikan (secukupnya, untuk rasa umami power)
2-3 akar daun ketumbar (untuk aroma wangi)
Bebola daging secukupnya (boleh beli siap atau buat sendiri)
Kuetiau kering (direbus sehingga lembut)
Kuetiau halus segar (juga boleh guna untuk variasi)
Air (cukup untuk kuah, saiz periuk mengikut keperluan)
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
Daun ketumbar segar
Tauge segar
Cili jeruk
Limau nipis (diperas ketika makan)
Kacang tabur (kacang tumbuk)
Serbuk cili (optional untuk yang suka pedas)
CARA MEMASAK:
Rebus daging bersama bawang putih dan halia sehingga empuk dan berbau harum.
2. Masukkan gula, kacang tumbuk, serbuk cukup rasa, kicap manis, serta garam. Gaul rata supaya rasa masin-manis seimbang.
3. Masukkan minyak bawang putih, kicap sotong Thai atau sos ikan untuk menaikkan rasa sup
4. Tambahkan akar daun ketumbar dan bebola daging, biarkan sup mendidih dan semua rasa sebati. Bila dah cukup rasa, ketepikan sup.
5. Rebus kuetiau kering hingga betul-betul lembut, tos dan letak dalam mangkuk hidangan.
6. Atau boleh juga gunakan kuetiau halus segar jika suka tekstur yang berbeza.
7. Letakkan hirisan daging, bebola daging, daun ketumbar, tauge, serbuk cili, dan kacang tumbuk atas kuetiau dalam mangkuk.
8. Tuang sup panas secukupnya ke atas bahan-bahan dalam mangkuk.
9. Tambahkan lagi kicap jika suka kuah yang lebih gelap dan pekat.
10. Hidangkan bersama cili jeruk dan perahan limau nipis untuk rasa lebih segar dan pedas.
Jom Cuba Resipi Kuetiau Celup Daging Homemade Ini!
Tak susah pun, kan? Resipi ni sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam yang simple tapi penuh rasa. Selain sedap, anda juga boleh buat dalam kuantiti besar untuk keluarga atau jiran tetangga.
Kek dan biskut tetap jadi rebutan bukan hanya di musim perayaan. Tak kurang yang menyukai cheese tart kembong magnum ni. Memang super sedap kalau buat jual pun memang hot sales.Jom kita sama-sama cuba buat.
Cheese Tart Kembong Magnum
Bahan-bahan: kalau rajin buat shell kalau tak beli saja di bakeri.
Shell tart 250gm butter (suhu bilik) 1/2 cawan gula aising 500gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 biji kuning telur Sedikit esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar air sejuk
Cara membuat:
1.Adun butter dan gula aising hingga sebati. Guna spatula pun boleh. 2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Gaul sebati 3.Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais. Uli hingga menjadi doh. 4.Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.Cucuk dasar doh dengan garfu. 5.Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25minit atau hingga masak. SUHU BERGATUNG PADA OVEN MASING-MASING. (dapat dalam 100 biji)
Bahagian topping
300gm cream cheese 60-80gm gula kastor- dikisar-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar kuning telur 1 sudu besar butter /majerin 1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat: 1. Pukul cream cheese sampai sebati. Masukkan esen vanila,kuning telur dan butter tadi. Pukul sekejap.Kemudian masukkan gula sikit-sikit. Pukul sebati semua dan siap.
Bahan lain :topping magnum -Choc dark compound beryls 2 sudubesar cocoa butter kalau tak ada shortening pun boleh – Kacang cincang almond bakar dulu sekejap
Cara memasak : 1.Masukkan filling nutella atau coklat chips dalam shell. Kemudian piping cream cheese membukit.
2.Bakar 170° selama 5 minit. Dah siap. Ketepikan.
3.Cairkan beryls +cocoa butter,double boil 4.Celup permukaan cheese tart tadi dalam choc yang dah panas dan cair ni. Kemudian terus tabur kacang di tepi, Buat cepat masa choc tu masih panas nanti dah beku ia tak mahu lekat. 5.Siap susun dan masukkan dalam chiller baru susun dalam bekas
Pernah cuba Colek Kelantan? Negeri ini memang terkenal dengan pelbagai sajian makanan yang sedap-sedap. Bila tiba bulan Ramadan, lagi meriah. Salah satu hidangan popular bila tiba bulan puasa ialah aneka colek. Colek bermaksud pencicah.
Colek Kelantan ni ada bermacam jenis. Ada colek buah, colek kerang, colek ayam, perut, colek campur dan banyak lagi. Memang sedap! Bagi yang nak cuba, ni ada resipi Colek Air Lada yang memang serbaguna. Boleh buat cicah tauhu, paru goreng, kerang, keropok, makanan bergoreng dan sebagainya.
COLEK AIR LADA HOMEMADE
BAHAN KISAR HANCUR:
6 tangkai cili merah
2 labu bawang putih jeruk saiz kecil
Sedikit air
BAHAN LAIN:
1/2 senduk cuka
1 gelas besar air
1 senduk gula
2 sudu makan gula melaka hancur
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan bijan sangai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti cuka dan air.
2. Kemudian perasakan dengan gula, gula melaka dan garam. Kacau sebati. Bahan perasa boleh diubah mengikut citarasa masing-masing. Teruskan masak menggunakan api perlahan.
3. Bila colek mendidih beberapa kali, padamkan api. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan barulah dimasukkan bijan. Kacau rata.
4. Siap! Sedia dinikmati bersama aneka hidangan bergoreng, kerang, tauhu, paru dan sebagainya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!