Nasi Goreng Pattaya. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng yang dibungkus bersama telur dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Namun jika dibeli, ada kalanya rasa kena dengan selera dan begitulah juga sebaliknya. Menerusi perkongsian saudara Wan LuQman, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Pattaya versi istimewa. Nampak sedap dan menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK NASI GORENG PATTAYA SPECIAL
BAHAN-BAHAN: Nasi goreng – boleh guna apa sahaja resipi nasi goreng kegemaran Telur 200gm daging – hiris nipis Hirisan halia & cili merah Sedikit hirisan bawang Holland – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – diketuk Cili padi – diketuk 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos nampla / sos ikan – beli online disini Secubit lada hitam – beli online disini Lobak merah secukupnya Sedikit gula Bancuhan air tepung jagung
CARA MEMASAK: 1.Masak nasi goreng terlebih dahulu. Sediakan nasi goreng biasa sudah cukup janji sedap. Jika buat nasi terlalu istimewa dan banyak lauk, nanti susah untuk dibungkus. (resipi nasi goreng empunya resipi cukup ringkas: tumis bawang dan cili kisar. Masukkan kicap manis, garam, gula, nasi sejuk dan sedikit daun sup. Goreng rata)
2. Bila nasi goreng telah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian masak telur dan bungkus nasi goreng tadi dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing. Ketepikan.
3. Untuk menyediakan Daging Masak Halia, tumis bawang putih, lobak merah dan cili. Boleh tambah hirisan lada benggala jika ada. Jika anda guna daging yang lambat empuk, sebaiknya tumis daging bersama bawang putih terlebih dahulu supaya lembut.
4. Kemudian masukkan hirisan daging dan halia. Pastikan daging dihiris nipis.
Ads
5. Tambahkan secubit serbuk lada hitam.
6. Masukkan juga sos nampla @ sos ikan dan juga sos tiram.
7. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
Ads
8. Masukkan sedikit sahaja air untuk mendapatkan kuah.
9. Boleh tambah perasa ini jika suka.
10. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland. Gaul rata dan siap untuk dihidang.
11. Tuang Daging Masak Halia diatas bungkusan Nasi Goreng dan hiaskan dengan bawang goreng serta daun sup.
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang 15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Masih lagi dalam keadaan berduka dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya cukup memberi kesan buat keluarga malahan buat semua yang mengenali arwah.Arwah dirasakan begitu dekat di hati semua orang. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah Siti Sarah damai di sana bersama-sama rahmat Allah.
Arwah Siti Sarah bukan hanya disayangi kerana peribadinya malah sering juga berkongsi resipi-resipi masakannya buat peminatnya di laman Instagram. Perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.
Terakhir resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ yang sempat dikongsikan oleh arwah. Ternyata celoteh dan perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.
Resipi arwah turut dicuba dan dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, AmeeraSedap sungguh resipi Arwah Siti Sarah ini.Ini adalah masakan terakhir Arwah. AlFatihah.
Bahan-bahan:
10 ekor ketam
6 ulas bawang putih (cincang)
Halia besar ibu jari (cincang)
2 sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Bawang putih , halia ditumis sehingga naik bau.
2.Masukkan cili kisar kering sebanyak 2 sudu .Sukatan ini anak- anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Arwah masak pakai cili boh. Ikut la masing- masing.
3.Masukkan sos cili .
4.Masukkan gula .
5.Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.
6.Kicap cair anggaran 3 sudu kecil.
7.Untuk berkuah, masukkan air.
8.Masukkan black vinegar.
9.Masukkan sos tomato
Letakkan garam secukup rasa.
11.Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata.
12.Kemudian dah masak ketam tu masukkan tepung jagung. Masukkan dan gaul.
13.Kemudian masukkan putih telur. Telur kuning tak pakai.
14.Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu. Dah masak tutup api. Siap dan sedia untuk dihidang.
Sebagai peminat sambal, rasanya tak perlu ada lauk banyak-banyak pun dah boleh makan dengan berselera. Lagipun, kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.