Kalau pergi ke kedai kek atau café, biscoff cheesecake ini antara yang mendapat tumpuan. Namun harganya boleh dianggap ‘keras’ juga ya.
Kalau ada di antara anda yang teringin nak makan biscoff cheesecake ini di rumah, boleh cuba dengan resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini.
Rupanya senang je nak buat biscoff cheesecake ini dan bahan yang digunakan pun mudah nak dapat di kedai.
BISCOFF CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
1 peket biskut lotus biscoff
1 botol spread lotus biscoff
BAHAN KISAR:
500gm cream cheese
1 kotak kecil cooking/whipping cream
3 biji telur gred B
3 sudu besar penuh gula – beli online di sini
2 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
*Kisar semua bahan di atas dalam pengisar hingga sebati dan gebu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
2. Dengan menggunakan instant pot, masukkan 1 cawan teh air.
3. Masukkan adunan kek dan set masa memasak selama 28 minit menggunakan menu pressure (kalau masak menggunakan ketuhar, guna teknik water bath atau boleh juga kukus).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Setelah kek masak, bolehlah tuang biscoff spread yang telah dicairkan dan tabur biskut biscoff.
5. Sejukkan selama 1 jam atau lebih di dalam peti sebelum dihidangkan. siap.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: