Makan

Selain Ayam, Boleh Juga Buat Sambal Bilis Geprek. Pedas Dah Tentu, Ini Cara Membuatnya

Share

Sambal Bilis geprek? Selalu kita dengan ayam geprek, rupanya memang ada sambal bilis geprek ini. Kalau dah bosan makan ayam boleh tukar kepada menu ini pula.

Resipi sambal bilis geprek ini dikongsi oleh Neny Lai Han, katanya ia memang menjadi kegemaran keluarga. Jika di bulan puasa ini, sambal bilis geprek ini sesuai sangat untuk lauk waktu sahur.

Untuk pastikan ikan bilis dalam sambal kekal rangup, ada juga cara yang dikongsi.

Sambal bilis geprek

Bahan-bahan
2 gengam ikan bilis halus – basuh, tos dan goreng garing
Garam, gula, serbuk perasa
Kicap pedas Ikhwan
1 labu bawang besar

Bahan tumbuk
Segengam cili api kampung – ikut tahap kepedasan sendiri
5 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar
1 sudu kecil udang kering

Cara membuat

1. Tumis bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sampai pecah minyak. Kemudian hiriskan bawang besar dan tumis sampai layu.

2. Perasakan sambal dengan gula, serbuk perasa. Renjiskan juga kicap pedas. Kacau sebati kemudian matikan api. Biarkan seketika sambal dalam kuali.

3. Bila sambal dah agak suam-suam masukkann bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Ikan bilis jangan gaul dengan sambal yang masih panas kerana ikan bilis akan jadi lemau, tak rangup.

Sumber: Neny Lai Han

 

Published by
Rose