Selama ini air kelapa muda terkenal sebagai minuman, sesuai dengan manfaatnya untuk kesihatan seperti mengelakkan dihidrasi dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sebab itulah air kelapa antara minuman yang menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas ini. Tetapi tahukan korang bahawa air kelapa muda juga boleh menyedapkan makanan. Ini antara sebab air kelapa dimasukkan dalam masakan.
Memberikan Rasa Manis Semulajadi Makanan.
Air kelapa muda mempunyai rasa manis semulajadi, menjadikan makanan kaya dengan rasa, Contohnya jika anda menggunakan air kelapa merebus ayam penyet,ia menjadikan ayam rebus lebih berperisa, lembut dan sedikit rasa manis apabila air kelapa bersatu dengan bahan perencah rebusan ayam. Lebih sedap jika air rebusan itu dijadikan air bancuhan campuran tepung untuk membuat seredak rangup untuk ditaburkan di atas ayam goreng.
Ads
Menyedapkan Rasa Makanan.
Selain rasa manis, air kelapa muda juga memberikan rasa sedap yang unik pada masakan. Caranya gunakan air kelapa untuk memerah santan, cara ini boleh korang manfaatkan untuk gulai lemak, rendang, tomyam atau opor ayam, gerenti korang akan rasa kelainan dan keenakannya.
Menambah Aroma Masakan.
Selain memberikan rasa, air kelapa muda juga boleh membangkitkan aroma masakan, sebab itu masak apapun yang menggunakan air kelapa ia akan membangkitkan aroma masakan tersebut. Contohnya dalam menu kuih muih dan pudding.
Menghilangkan Bau Hanyir Dalam Masakan.
Seiringan dengan memberikan aroma dalam masakan, bau hanyir dalam masakan juga turut hilang, malah boleh melembutkan daging. Sangat berguna digunakan untuk menghilangkan bau pada daging kambing, caranya korang hanya perlu rendam daging kambing lebih kurang 30 minit. Boleh juga dipraktikkan pada ikan untuk menghilangkana bau hanyir, tetapi hanya 2-3 minit sahaja. Jangan lama, bimbang isi ikan akan hancur bila dimasak nanti.
Mengempukkan Daging.
Ads
Daging yang keras dan liat boleh lembut dengan menggunakan air kelapa muda. Caranya rendam daging tersebut lebih kurang 15-30 minit. Boleh juga gunakan air kelapa untuk bahan perapan satey ayam atau daging.
NAK MAKANAN DAN MINUMAN KEKAL SEGAR, JOM DAPATKAN PILIHAN PELBAGAI PETI SEJUK DI SINI.
Tentunya anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis bawang yang ada di pasar raya. Kadangkala kita sendiri pun keliru apakah kegunaan dan perbezaan bawang-bawang ini. Mana satu nak beli? Ternyata bawang sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza dan meninggalkan rasa yang sedap dalam masakan kita. Jom kita ketahui apakah perbezaannya.
1. Bawang Kuning / Bawang Besar Holland
Digunakan untuk memberi rasa sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi (saute) dan stew. Jika di dalam resipi menggunakan bawang, bawang ini adalah bawang yang selamat untuk digunakan. Bawang ini memberi imbangan rasa yang lebih sedap dan lebih manis.
2. Bawang Merah
Dalam masakan Melayu memang banyak menggunakan bawang merah ini. Bawang ini selalunya boleh dimakan begitu sahaja seperti untuk penyediaan salad dan sandwic. Bawang merah mempunyai kulit berwarna ungu-merah dan mempunyai rasa yang paling lembut dan manis.
3. Bawang Merah Kecil (Shallot)
Selalu digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Rasanya lebih lembut dari bawang merah.
Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu ni.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya merekah. Berhati-hati jangan bakar sampai terlebih rentung pula. Cukup sekadar memudahkan proses membuang ‘kasut’ lembu.
Cara untuk tahu ‘kasut’ lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas.
4. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil dan bolehlah dimasak sup mengikut resipi turun temurun masing-masing.
5. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Hati siapa yang tak bangga bila tengok pokok tumbuh subur. Lebih lebih lagi kalau buahnya ranum dan mekar. Rupanya bukan susah pun nak tanam pokok capsicum atau lada benggala ni.
.
Ikut aja perkongsian ilmu daripada Mell Akmalini. Katanya, “First time tanam alhamdulillah menjadi. Renek aje pokoknya tapi buah kerap jadi. Benih saya ambil dari capsicum yang dibeli dari pasar sahaja.”
Bagi yang nak tahu cara semainya, jom tengok langkah demi langkah dan teknik dari Mell ini :
CARA SEMAI POKOK CAPSICUM :
1. Beli capsicum di pasar berdekatan
2. Ambil bijinya, dan rendam dalam air semalam
3. Biji yang terapung itu dibuang . Yang lain lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Ini gambar usia anak pokok lebih 10 hari
.
6. Sembur air 2 kali sehari.
.
7. Saya letak ditempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari. Bila besar sedikit pindah ke tanah atau pasu yang lebih besar.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2x seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
“Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term2 dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar“, akhiri Mell.