Selain Menyejukkan Badan, Ini 5 Manfaat Air Kelapa Muda Dalam Masakan.

Share

Selama ini air kelapa muda terkenal sebagai minuman, sesuai dengan manfaatnya untuk kesihatan seperti mengelakkan dihidrasi dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sebab itulah air kelapa antara minuman yang menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas ini.  Tetapi tahukan korang bahawa air kelapa muda juga boleh menyedapkan makanan. Ini antara sebab air kelapa dimasukkan dalam masakan.

Memberikan Rasa Manis Semulajadi Makanan.

Air kelapa muda mempunyai rasa manis semulajadi, menjadikan makanan kaya dengan rasa, Contohnya jika anda menggunakan air kelapa merebus ayam penyet,ia menjadikan ayam rebus lebih berperisa, lembut dan sedikit rasa manis apabila air kelapa bersatu dengan bahan perencah rebusan ayam. Lebih sedap jika air rebusan itu dijadikan air bancuhan campuran tepung untuk membuat seredak rangup untuk ditaburkan di atas ayam goreng.

Menyedapkan  Rasa Makanan.

Selain rasa manis, air kelapa muda juga memberikan rasa sedap yang unik pada masakan. Caranya gunakan air kelapa untuk memerah santan, cara ini boleh korang manfaatkan untuk gulai lemak, rendang, tomyam atau opor ayam, gerenti korang akan rasa kelainan dan keenakannya.

Menambah Aroma Masakan.

Selain memberikan rasa, air kelapa muda juga boleh membangkitkan aroma masakan, sebab itu masak apapun yang menggunakan air kelapa ia akan membangkitkan aroma masakan tersebut. Contohnya dalam menu kuih muih dan pudding.

Menghilangkan Bau Hanyir Dalam Masakan.

Seiringan dengan memberikan aroma dalam masakan, bau hanyir dalam masakan juga turut hilang, malah boleh melembutkan daging. Sangat berguna digunakan untuk menghilangkan bau pada daging kambing, caranya korang hanya perlu rendam daging kambing lebih kurang 30 minit. Boleh juga dipraktikkan pada ikan untuk menghilangkana bau hanyir, tetapi hanya 2-3 minit sahaja. Jangan lama, bimbang isi ikan akan hancur bila dimasak nanti.

Mengempukkan Daging.

Daging yang keras dan liat boleh lembut dengan menggunakan air kelapa muda. Caranya rendam daging tersebut lebih kurang 15-30 minit.  Boleh juga gunakan air kelapa untuk bahan perapan satey ayam atau daging.

 

NAK MAKANAN DAN MINUMAN KEKAL SEGAR, JOM DAPATKAN PILIHAN PELBAGAI PETI SEJUK DI SINI.

ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI : 

DAN JOM TENGOK RESIPI RESIPI INI:

 

Published by
Faridah Talib