Beras basmathi, beras panjang dan sedikit mahal yang diberasal dari India dan Pakistan memang sangat sesuai untuk korang yang nak diet kerana ia kurang kandungan glikemik dan karbohidrat. Selain itu, beras basmathi juga mampu memberikan korang rasa kenyang lebih lama.  Selain manfaat ini, berikut RASA kongsikan lima lagi manfaat kepada korang semua.

Selain Sesuai Untuk Diet, Ini 5 Manfaat Makan Beras Basmathi.

Melancarkan Sistem Pencernaan

Jika korang makan beras basmathi secara rutin ia membantu sistem pencernaan, Hal ini berlaku kerana beras basmathi mempunyai serat larut yang membantu pembersihan usus pelancaran bahan pencernaan. Secara tidak langsung ia membantu mengatasi masalah sembelit.

Ads

Selain Sesuai Untuk Diet, Ini 5 Manfaat Makan Beras Basmathi.

Menjaga Kesihatan Jantung

Selain mencegah kanser, mengambil beras basmathi secara rutin baik juga untuk kesihatan jantung. Sebabnya, kadar kandungan lemak lemak tepunya lebih rendah berbanding berasa lainnya, kandungan serat yang tinggi juga baik untuk kelancaran sistem kariovaskular.

Selain Sesuai Untuk Diet, Ini 5 Manfaat Makan Beras Basmathi.

Mencegah Alzheimer Dan Demensia

Beras basmathi juga bagus untuk kesihatan otak, secara tidak langsung ia mencegah penyakit yang berkaitan dengan kesihatan otak Alzheimer dan demensia. Kandungan ‘tiamin’ terkandungan dalam beras ini membantu  meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi dan juga membantu  fungsi positif dalam system saraf.

Selain Sesuai Untuk Diet, Ini 5 Manfaat Makan Beras Basmathi.

Ads

Mencegah Pembentukan Sel Kanser

Tahukah korang bahawa kandungan serat dalam beras basmathi lebih dari 20% berbanding beras biasa. Dengan tingginya kandungan serat ia membantu mencegah sel kanser . Jika anda mengambil beras basmathi maka korang kuranag berisiko mendapat kanser, terutamanya kanser payu dara dan usus.

Selain Sesuai Untuk Diet, Ini 5 Manfaat Makan Beras Basmathi.

Ads

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.

Selain menjaga kesihatan jantung, rutin mengambil berasmathi juga  boleh menurunkan  tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengambil beras basmathi jenis perang kerana kandungan potassium dan magnesium terkandung dalam beras jenis ini. Jadi korang boleh amalkan beras basmathi dalam rutin diet korang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI