Susah nak kekalkan keranggupan ikan bilis goreng kalau nak disimpan lama? Anda jangan bimbang, boleh saja jika anda ikut sembilan tip yang senang untuk mengekalkan keranggupan ikan bilis yang mudah ini.
Lepas dapat info ini anda bolehlah goreng ikan bilis untuk stok seminggu tanpa hilang keranggupannya.
Pilih Ikan Bilis Berkualiti Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
Ads
Keringkan Sepenuhnya: Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
Guna Cuka: Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
Guna Minyak Panas: Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
Ads
Goreng Guna Api Sederhana: Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
Tos Minyak Sepenuhnya: Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
Ads
Simpan Dalam Balang Kedap Udara: Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
Goreng Secara Berperingkat: Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerang boleh dimasak dengan pelbagai cara, buat sambal atau rendang semuanya sedap. Cumanya jadi leceh sebab nak bersihkan kulit dari kotoran lumpur atau selut.
Sebenarnya nak bersihkan kulit kerang ni ada banyak cara, tak perlu nak cuci satu-satu pun. Malah ada cara yang akan buatkan isi kerang lebih enak.
Petua mudah bersihkan kulit kerang
Cara 1: Guna serai
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.
Cara 2: Pelepah pisang
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Foto: Facebook Masak Apa Hari Ni
Cara 3: Daun ubi
Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, tetap bersih jugak.
Cara 4: Daun betik
Guna daun betik pun boleh putih bersih.
Cara 5: Gaul hampas kelapa
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan saja untuk memasak.
Cara 6: Basuh dengan bawang putih
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.
Cara 7: Rendam air beras
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.
Cara 8: Asam keping
Rendam asam keping pun boleh, dalam setengah jam saja. Nanti putih bersih kerang.
Cara 9: Garam
Rendam kerang guna garam.
Cara 10: Serbuk kunyit
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit. Cara ini paling best.
Macam mana cara cuci kain pengelap yang kotor ni secara berkesan dan mudah? Ini mungkin jalan penyelesaian yang anda cari. Kain pengelap adalah benda yang wajib ada di setiap dapur. Berbanding tisu, kain lebih mudah digunakan untuk membersihkan kotoran memasak. Namun, jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi terlalu kotor dan busuk lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap tumpahan cecair dan minyak masak.
Kain pengelap yang terlalu kotor agak sukar dibersihkan dengan menggunakan sabun biasa. Malah, ramai suri rumah yang menggunakan peluntur untuk menanggalkan kotoran degil ini. Berkesan tapi kain pengelap akan menjadi mudah reput,, koyak dan luntur warnanya. Rugi! Tapi ada cara lain yang boleh dicuba. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BERSIHKAN KAIN PENGELAP DAPUR TANPA GUNA PELUNTUR
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan Soda Bikarbonat
1/2 cawan cuka
1 mangkuk air panas
Kain Pengelap
CARA-CARA:
Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
Kalau sebelum ni kalau beli ikan atau udang korang buang je kepalanya. Mulai hari ni, jangan buang tapi bersihkan dan simpan. Sebenarnya, ia boleh dimanfaatkan untuk dibuat stok seafood atau sebagai bahan perasa tambahan semulajadi tanpa perlu MSG. Masalahnya, mesti korang tertanya-tanya macam mana nak membuatnya. Jangan risau, RASA akan kongsikan dan korang rajin-rajinkan mencuba dan simpan untuk stok, dah tentu ia menjimatkan wang dapur korang.
STOK SEAFOOD BAHAN-BAHAN:
1 ketul kepala ikan | dibersihkan
1 mangkuk kepala udang | dibersihkan
1 mangkuk kulit udang | dibersihkan
1 sudu makan serbuk lada sulah
Air secukupnya
5-6 ulas bawang putih
1 batang leek | hiris
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kepala ikan, kepala udang dan kulit udang yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
2. Tambah air dalam periuk, kemdian renehkan atas api sederhana.
3. Setelah mendidih, masukkan hirisan batang leek dan bawang putih.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada sulah.
5. Setelah masak, tutup api, dan tapiskan air rebusan dalam bekas . 6. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam botol atau bekas bertutup. 7. Simpannya dalam frezer jika belum sedia digunakan. Atau boleh guna terus jika diperlukan. 8. Stok ini sesuai digunakan untuk tumisan sayuran atau sup.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!