Makan

Seminggu Dua Kali Buat Lauk Ikan Untuk Anak Agar Otak Bijak. Paling Bagus Masak Singgang

Share

Anak-anak sekarang memang suka makan ayam, tapi sebaiknya ajar juga mereka makan ikan. Seminggu dua kali masaklah lauk ikan untuk anak makan.

Paling bagus masak singgang, sebabnya ia boleh membantu perkembangan otak anak supaya lebih sihat dan bijak. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan. 

Biasakan anak makan ikan 2 kali seminggu

Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA. Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Cara buat singgang kosong

Buat singgang kosong. Hanya rebus ikan bersama, bawang merah dan putih halia, kunyit hidup dan lengkuas. Sampai habis nasi, anak saya minta nak makan lagi.

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Sumber: Mazliana Mazlan

 

Published by
Rose