
Semperit Cream Cheese ni menarik betul hasilnya! Boleh guna pewarna ikut kesukaan untuk adunan Semperit Cream Cheese. Memang kuih semperit ni kuih raya tradisional tapi sekarang ramai dah olah resipi kuih semperit supaya diminati oleh masyarakat moden sekarang. Biasalah orang sekarang suka buat kuih raya yang lain dari yang lain. Jom cuba!
SEMPERIT CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250 butter cup
- 1/2 tin susu pekat
- 5Og cream cheese tatura
- 400g tepung jagung
- 3 sudu tepung kastard
- 1 sudu esen vanila
- Pewarna ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul butter cup dan sebatikan dengan susu pekat serta cream cheese, tak perlu mixer.
- Lepastu masukkan tepung jagung, tepung kastard, esen vanilla dan pewarna ikut suka.
- Uli sehingga menjadi doh.
- Untuk dapatkan warna warni, asingkn 3 bahagian untuk letak pewarna. Masa nak tekan campurkn ketiga-tiga warna.
- Saya guna acuan tembaga saiz 13 . Sekali adunan dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu
- Bakar 160°c selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing.
- Siap untuk dimakan
Sumber: Yusliana Amor Via MAHN
SELAMAT MENCUBA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Homemade Lebih Puas Makan

Tidak semestinya tunggu hari istimewa baru rasa nak membuat kek. Ada juga yang lebih suka membuat sendiri dari membeli. Kalau yang suka membuatnya sendiri terasa lebih puas dapat menghidangkan kek buatan sendiri untuk dinikmati sekeluarga dan teman-teman. Kek yang dikongsi oleh Tania ini tidak kurang enaknya. Jom kita cuba buatnya.
Kek Bundt Cokelat
Untuk kek:
240gm tepung gandum
60gm serbuk koko
3 biji telur, disuhu bilik
230gm mentega, disuhu bilik
300gm gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
120ml air panas
240ml sour cream
½ sudu teh garam
1 sudu makan vanilla essence
Untuk cokelat ganache:
200g cokelat couverture
180ml whipping cream
Cara memasak:
1.Panaskan oven ke suhu 175 Celcius. Lenser acuan kek Bundt dengan mentega dan tepung gandum.
2.Putar mentega bersama gula sehingga kembang dan pucat. Masukkan telur satu per satu sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
3.Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan adunan kering ke dalam adunan basah bersama 120ml air panas dan kacau sehingga sebati.
5.Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek masak (lakukan test dengan penyucuk sate).
6.Setelah masak, biarkan kek didalam acuan selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan disejukkan.
Cara memasak cokelat ganache:
1.Cincang cokelat ke dalam kepingan kecil.
2.Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih (jangan didihkan). 3.Tuang di atas cokelat dan biarkan selama 2 minit sebelum dikacau sehingga sebati.
4.Tuang ke atas kek. Hias mengikut citarasa.
Kek Suji dan Badam
225gm mentega, disuhu bilik
225gm gula kastor
200gm tepung naik sendiri
25gm suji
25gm serbuk badam
4 biji telur
4 sudu makan susu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan parutan kulit lemon (optional)
Cara memasak:
1.Panaskan oven ke suhu 180C. Lenser acuan 8 inci dengan mentega dan tepung dan lapiskan bahagian bawah dengan baking paper.
2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pemukul kek dan pukul selama 2 minit sehingga adunan kembang dan pucat.
3.Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit atau sehingga permukaan kek perang. Lakukan cake test dengan penyucuk sate.
4.Keluarkan dari ketuhar dan biar kek sejuk selama 10 minit sebelum keluarkan dari acuan dan letakkan di atas rak menyejuk. Hias mengikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Tania Pawanteh
Ada yang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Tak Perlu Bakar. Ini Resipi Kek Keju Leleh Pandan Paling Mudah.
Kek Mentega Coklat Cip, Boleh Hidang Pada Tetamu Di Hari Raya

Isi Kandungan
ToggleTinggal seminggu lagi nak Raya. Jika anda terfikir nak hidangkan kek kepada para tetamu, boleh buat Kek Mentega Coklat Cip ni. Memang enak bila dapat menikmati Kek Mentega dengan taburan coklat cip di dalamnya. Nak lebih sedap, pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter. Mentega tulen dari New Zealand ini merupakan pilihan yang terbaik. Aromanya saja sudah cukup menangkap selera. Pastinya para tetamu teruja melihat hidangan ini tersedia di atas meja.
KEK MENTEGA COKLAT CIP
Bahan-bahan:
- 220gram tepung gandum – ayak
- 170gram Anchor Unsalted Butter – suhu bilik
- 150gram gula kastor
- 180gram coklat chip
- 120ml Fernleaf Susu UHT
- 60gram Fernleaf Yogurt Asli
- 2 biji telur
- 1 ½ sudu teh baking powder
- 1 sudu teh vanilla esen
- ¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga ringan dan kembang.
- Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan Fernleaf Yogurt Asli lalu pukul perlahan hingga sebati.
- Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati.
- Tuang Fernleaf Susu UHT dan pukul perlahan hingga semua bahan sebati (jangan gaul berlebihan).
- Masukkan coklat chip dan kaup-balikkan sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang kek yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment. Ratakan adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan potong.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Buat Sendiri Biskut Tart Nenas Guna Minyak Sapi, Memang Sedap!

Walaupun bulan puasa belum menjengah dan Raya dijangka pada April nanti, namun sudah ramai yang menguar-uarkan iklan biskut raya.
Tak lupa juga ada yang dah mula kumpul dan simpan resipi-resipi biskut raya.
Nah, jom kita cuba resipi biskut tart nenas minyak sapi oleh Puan Habsah Ngah. Mesti sedap kan bila kita buat sendiri biskut raya tahun ni.
BISKUT TART NENAS MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
2 sudu besar susu tepung
1 ½ sudu besar minyak sapi – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 senduk gula halus/kastor – beli online di sini
1 cawan mentega/planta/marjerin
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur+pewarna oren/kuning (untuk disapu atas biskut)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMBUAT:
1. Kacau mentega/planta, minyak sapi, gula, kuning telur dan esen vanilla.
2. Kacau hingga sebati. Saya guna senduk kayu sahaja. Jangan kacau lama-lama, nanti adunan jadi lembik, banyak nak kena pakai tepung nanti.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung susu yang telah diayak bersama terlebih dahulu.
4. Uli manja-manja sampai jadi doh. Adunan memang lembut.
5. Bagi adunan rehat 30 minit atau 1 jam nanti tekstur lagi cantik kalau bagi dia rehat dulu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Selepas itu, baru boleh dibentuk. Sapu minyak di loyang.
7. Paipkan kulit tart. Letak inti dan gulung. Gulung. Susun atas loyang dan sapu dengan telur tadi.
8. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C api atas bawah, selama 15-20 minit. Atau pun kalau nak tahu dah masak, bila tolak dah tak lekat, dah masaklah.
Kredit resipi: Pn Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Sendiri Jem Nenas Cara Orang Lama, Puas Hati Warna Cantik
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: