Semperit Cream Cheese ni menarik betul hasilnya! Boleh guna pewarna ikut kesukaan untuk adunan Semperit Cream Cheese. Memang kuih semperit ni kuih raya tradisional tapi sekarang ramai dah olah resipi kuih semperit supaya diminati oleh masyarakat moden sekarang. Biasalah orang sekarang suka buat kuih raya yang lain dari yang lain. Jom cuba!
SEMPERIT CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 250 butter cup
- 1/2 tin susu pekat
- 5Og cream cheese tatura
- 400g tepung jagung
- 3 sudu tepung kastard
- 1 sudu esen vanila
- Pewarna ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul butter cup dan sebatikan dengan susu pekat serta cream cheese, tak perlu mixer.
- Lepastu masukkan tepung jagung, tepung kastard, esen vanilla dan pewarna ikut suka.
- Uli sehingga menjadi doh.
- Untuk dapatkan warna warni, asingkn 3 bahagian untuk letak pewarna. Masa nak tekan campurkn ketiga-tiga warna.
- Saya guna acuan tembaga saiz 13 . Sekali adunan dapat 4 tray hitam yang dapat masa beli oven tu
- Bakar 160°c selama 15 minit atau mengikut oven masing-masing.
- Siap untuk dimakan
Sumber: Yusliana Amor Via MAHN
SELAMAT MENCUBA!