Walaupun banyak biskut moden di pasaran, biskut lama juga yang menjadi kesukaan ramai. Bahan yang mudah digunakan dan rangup. Buat banyak-banyak, simpan untuk kudapan seisi keluarga. Jom kita buat ikut resipi ini.
SEMPERIT KLASIK
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum-beli online di sini
1 cawan tepung kastard-beli online di sini
1 cawan tepung jagung-beli online di sini
1 cawan majerin-beli online di sini
1 cawan gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Gula manik urai sebagai hiasan
Cara membuat:
1.Ayak ke tiga-tiga tepung tadi.
2.Gula dan majerin pukul sampai kembang.
3.Masuk kuning telur dan esen vanilla.
4.Kacau lagi masukkan tepung sikit demi sikit.
5.Uli sampai jadi doh dan tak lekat di tangan.
6.Guna acuan semperit,potong 2 inci susun dalam Loyang.
7.Hias dengan manik urai.
8.Bakar suhu 160 darjah,15 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kredit : Aishah Ismail