Sudah masuk minggu ketiga sebelum Hari Raya menjelang tiba, masing-masing dah sibuk menyiapkan biskut raya. Ada yang suka membuat sendiri lagi puas menikmatinya. Biskut semperit red velvet ni dah sejuk sikit boleh cairkan choc dan drizzle ke atas biskut. Boleh buat banyak untuk dibawa pulang ke kampung.
Semperit Red Velvet
Bahan-bahan:
250gm butter
110gm icing sugar
1 biji kuning telur
50gm tepung kastad
240 tepung jagung
150gm tepung gandum
1 sudu besar red velvet emulco
1 sudu teh esen vanila
Hiasan
Choc chip
Choc Drizle
Cara membuat:
1.Gaul butter dan gula hingga sebati.
2.Masukkan kuning telur, esen vanila.Gaul sebati.
3.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad yang diayak.Gaul sebati sehingga menjadi doh.
4.Masukkan red velvet emulco,gaul sebati.
5.Tekan acuan semperit. Letak choc chip atas.Bakar pada suhu 175° selama 25 minit.
Kredit: Farah Husna
Resipi Putu Mayam Original Yang Kita Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Lembut & Sedap Rasanya
Resipi Mudah Buat Biskut Sarang Semut Lejen, Guna Sukatan Cawan Je
Mudahnya Nak Buat Puding Biskut Cream Cracker, Guna TIGA Bahan Je
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Kek Pengantin Rosak Ketika Penghantaran, Baker Ini Murung Seminggu
Dunia bakeri memang ada banyak kisah pahit manis. Ada yang berendam air mata bila dapat pelanggan cerewet. Ada juga yang gembira kerana dapat membuat kek untuk orang kenamaan. Tidak kurang juga kisah 'semangat yang hilang' apabila kek yang dibuat rosak di saat akhir ketika hendak dihantar kepada pelanggan.
Sebagaimana kisah seorang baker, Ilyana Isa. Kisah pada Oktober 2013 tetap jadi kenangan yang terpahat dalam ingatannya.
"Bila kek tu rosak, saya panik, terkejut dan takut kena marah dengan kastemer. Saya rasa bersalah tapi lebih banyak rasa sedih sebab usaha keras semalaman tak tidur malam hancur sekelip mata," cerita Ilyana. Dia telah menyebabkan kek pelanggan rosak sebab terlanggar bonggol ketika memandu kereta ke rumah pelanggan."
Sambung wanita ini, "Masa tu saya masih baru dalam dunia baking. Saya menangis sepanjang perjalanan ke majlis perkahwinan kastemer. Akhirnya saya tolak semua order sepanjang minggu tu. Rasa sangat depressed dan hilang terus semangat nak teruskan baking. Terus salahkan diri sendiri kerana merosakkan majlis perkahwinan kastemer."
Sepatutnya kek keadaan seperti ini.
.
Terlanggar bonggol, kek jadi macam ini.
.
KENA MENUNTUT ILMU
Namun semangat dan minat dalam dunia membuat kek menjadikan Ilyana cepat naikkan semangat. Tidak boleh selamanya terus menyalahkan diri sendiri. Walaupun dia sedar dia telah merosakkan majlis perkahwinan pelanggan, namun Ilyana yakin dia boleh jadi baker yang bagus satu hari nanti.
Ilyana mengakui pergi menuntut ilmu membuat kek adalah salah satu perkara yang perlu dibuat. Walaupun banyak ilmu boleh dipelajari melalui teknologi masa kini misalnya Youtube, namun tidak sama dengan belajar daripada guru.
"Saya banyak berguru. Ramai guru baking yang saya jumpa untuk belajar daripada mereka. Saya tekad nak naikkan semula semangat yang hilang. Salah satu ilmu penting yang saya pelajari daripada kejadian kek pengantin terbelah waktu delivery adalah kek yang perlu deliver jauh terutamanya kek bertingkat perlu set sekurang-kurangnya satu hari dalam fridge. Ini penting supaya kek betul-betul stabil sebelum hantar. Jangan kek siap saja terus pergi hantar. Dulu saya ingat nak bagi pelanggan dapat kek yang freshly baked iaitu siap beberapa jam terus deliver. Sangat-sangat salah idea tu," katanya.
Selain itu, Ilyana turut belajar mengawal emosi. Jangan panik dan sentiasa bersedia dengan back up plan jika terjadi perkara seperti ini lagi. Bawa alatan asas untuk baiki kek. Sebelum ini, dia panik apabila kek pengantin rosak ketika penghantaran. Hal ini membuatkan dia membeli kek dari kedai kek untuk menggantikan kek yang rosak. Padahal kek yang rosak itu sebenarnya masih boleh diselamatkan lagi.
APA PERLUNYA BERGURU?
Ilyana memberikan 4 sebab kenapa seseorang yang ingin menjadi baker perlu berguru sebelum serius mengambil tempahan daripada pelanggan.
1) Jika anda hanya belajar buat kek secara online tanpa guru, memang sangat berbaloi dari segi wang ringgit kerana ianya percuma. Tetapi hakikat sebenarnya, belajar sendiri memerlukan lebih banyak pengorbanan masa dan tenaga. Anda akan ambil masa yang sangat lama untuk belajar. Mungkin bertahun-tahun lamanya dan banyak trial and error untuk mendapat sesuatu skill.
2) Berguru untuk belajar membuat kek sebenarnya sangat penting kerana kita akan sentiasa belajar benda baru. Kita juga akan dapat cara untuk belajar secara 'bijak' (work smart) dengan berguru. Kita dapat jimatkan masa dan tenaga untuk belajar tips & tricks melalui pengalaman orang lain. Kebarangkalian kejadian yang tidak diingini seperti kek rosak akan dapat dikurangkan dengan panduan daripada seorang guru.
3) Sesuatu yang perlu ada pada seorang baker yang penting ialah minat, kemudian baru dapatkan skill. Jika ada minat, skill akan datang dengan sendiri. Skill dekorasi kek, skill melayan pelanggan dan skill berniaga akan bertambah dengan pengalaman.
4) Perkara yang membezakan antara baker yang belajar di Youtube sahaja dengan baker yang belajar secara berguru adalah pada masa dan pengalaman. Baker yang belajar sendiri melalui Youtube akan mengambil lebih banyak masa kerana perlu mencuba pelbagai teknik sebelum berjaya. Baker yang berguru akan dapat skill dan teknik yang sama dengan masa lebih singkat.
BAKER ERA PANDEMIK COVID-19
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ni, Ilyana turut berkongsi cara untuk para baker pastikan pendapatan tetap konsisten dengan menerima tempahan yang memberangsangkan seperti waktu sebelum ada wabak ini.
"Tawarkan servis penghantaran dan pembayaran online yang semestinya boleh elak bersentuhan. Kecilkan size kek atau tawarkan kek budget supaya lebih ramai pelanggan mampu membeli. Iklan secara konsisten supaya produk mendapat tempat di hati lebih ramai orang," ujar Ilyana yang telah mula mengusahakan kek sejak 2013.
Selain itu, Ilyana turut mempunyai impian dalam dunia baking. Dia sememangnya minat makan kek dan ingin orang ramai menikmati kek yang sedap sehingga mencapai tahap keenakan yang diharapkan.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lebih ramai baker, terutamanya baker yang baru bergiat dalam bidang ini. Sebelum ini saya banyak mengajar kelas hands on, tetapi saya dalam proses membuat kelas pengajian atas talian (PJJ) untuk bersama lebih ramai baker. Itu impian saya," katanya yang juga guru baking kepada pengasas Kedai Kek Bangi, Zetty Nurakmal Azura.
ANTARA KEK YANG DIBUAT
.
.
.
Ilyana kongsikan resipi kek Lotus Biscoff Cheesecake iaitu antara kek buatannya yang menjadi salah satu paling laris dijual. Jom kita cuba buat.
LOTUS BISCOFF CHEESECAKE
BAHAN BASE
140 gram biskut lotus biscoff
60 gram mentega (cairkan)
CARA MEMBUAT BASE
1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair.
2. Tekan dan padatkan pada dasar loyang saiz 7 inci yang dialaskan dengan baking paper.
3. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.
BAHAN CHEESECAKE
450 gram creamcheese (suhu bilik)
160 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
130 gram sourcream
2 biji telur ayam gred B
BAHAN TOPPING
150 gram lotus biscoff spread
1~2 keping biskut lotus biscoff sebagai hiasan.
CARA MEMBUAT CHEESECAKE
1. Pukul creamcheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan sourcream. Pukul perlahan.
3. Masukkan telur ayam. Pukul perlahan sahaja. Sebatikan dan tuang ke dalam pan.
4. Bakar dalam oven menggunakan teknik 'waterbath' pada suhu 160°c selama 1 jam.
5. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam.
6. Keluarkan daripada loyang. Cairkan lotus biscoff spread menggunakan microwave atau double boil. Sapu atas cheesecake. Hias dengan biskut lotus biscoff.
Sumber: Facebook Ilyana Isa
Korang nak beli BLENDER baru tak? KLIK SINI
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? KLIK SINI
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo
Kek Coklat Lapis Cheese, Sedap & Lembap Memikat Selera
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat kek coklat lapis cheese. Resipi ini dikongkan oleh Iedaa Jahaya di facebook group Rasa Share Resipi. Daripada gambar yang dikongsikan, nampak sedap betul. Bolehlah cuba, kan?
KEK COKLAT LAPIS CHEESE
BAHAN A
2 biji telur
1 cawan gula kastor (BELI DI SINI)
Esen vanila (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Putar sehingga kembang. Ketepikan
BAHAN CHEESE
250 gram cheese tatura
3 sudu besar susu cair (BELI DI SINI)
3 sudu besar susu pekat manis (BELI DI SINI)
3 sudu gula kastor (BELI DI SINI)
3 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
CARA MEMBUAT BAHAN CHEESE
1. Putar semua sehingga kembang. Ketepikan.
BAHAN B
1 cawan minyak jagung (BELI DI SINI)
1cawan susu cair (BELI DI SINI)
1cawan susu pekat manis (BELI DI SINI)
BAHAN AYAK
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kukusan. Sapu loyang 8 inci dengan minyak masak. Lapik dengan baking paper.
2. Ambil BAHAN A yang telah kembang tadi. Masukkan BAHAN B ke dalamnya. Putar sekejap sahaja. Masukkan pula BAHAN AYAK. Kaup balik adunan sehingga sebati.
3. Bahagi adunan kepada dua bahagian.
3. Tuang bahagian pertama ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit. Jangan biarkan air kukusan menitis atas kek.
4. Apabila kek sudah masak, ambil pula adunan BAHAN CHEESE. Tuang separuh sahaja ke atas kek tadi. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Apabila adunan BAHAN CHEESE sudah masak, tuang pula adunan bahagian kedua tadi. Jangan tuang habis. Tinggalkan sikit untuk dilapiskan dengan adunan cheese di atas kek nanti. Kukus 25 minit.
6. Akhir sekali, ambil 1 sudu besar adunan cheese. Tuang di tengah-tengah kek. Kemudian tuang baki adunan bahagian kedua tadi. Lakar-lakarkan corak sedikit. Kukus lagi 30 minit. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Iedaa Jahaya
ANDA MESTI SUKA JUGA RESIPI INI
Kuih Seri Muka Paling Senang & Sedap
Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap
Biskut Cornflakes Rangup
JOM TENGOK VIDEO NI
Resipi Kek Keju Laici Terlajak Mudah. Sesuai Sangat Disajikan Di Hari Raya Nanti.
Kek keju gebu yang lembut dan enak. Dalam setiap suapan, anda akan rasai kehalusan tekstur kek serta rasa keju yang mewah. Segalanya mudah yang menggunakan produk RICH. Cubalah dan anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN BASE BISKUT:
- 130gm biskut marie | dihancurkan
- 100gm mentega cair
BAHAN KRIM KEJU:
- 250gm krim keju
- 50gm gula
- 300gm RICH WHIP TOPPING BASE | dicairkan
- 80gm susu segar sejuk
- 10gm serbuk gelatin | direndam di dalam 50gm air dan dimasak secara bain-marie sehingga larut
- 180gm buah laici | dipotong kecil dan ditoskan airnya
BAHAN HIASAN:
- 150gm RICH WHIP TOPPING BASE | dipukul
- 180gm buah laici
- 50gm gel glaze tanpa warna
CARA MEMASAK:
- Kisar biskut marie bersama mentega cair sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 8 inci. Sejukkan seketika.
- Pukul krim keju bersama gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian masukkan susu. Kacau rata.
- Masukkan Rich Whip Topping Base dan pukul sehingga 60% kembang. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan pula hirisan buah laici.
- Tuang adunan ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan sejukkan selama 2 hingga 3 jam.
- Untuk menghias, tuang gel glaze diatas kek hingga rata, paipkan krim putar serta hiaskan dengan buah laici mengikut kreativiti anda.