Senang Dengan 7 Bahan Siap Kek Pisang Kukus Tanpa Telur

Share

 

Kek pisang kukus yang sesuai untuk siapa yang alergik dengan telur. Mudah hanya perlu kukus untuk dapat kek yang gebu dan moist.

KEK PISANG KUKUS 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir+ 1 cawan air (jadikan gula hangus atau karamel. Boleh kurang gula dan gunaka organik raw cane sugar)
  • 1 cawan pisang lenyek (gunakan una pisang emas / pisang 40 hari)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh / secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan gula hangus, santan, pisang lenyek, tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat dimasukkan satu persatu dalam bekas dan gaul sebati.
  2. Kukus selama 40 minit. Cucuk dengan lidi kalau tidak melekat tandanya sudah masak.
Published by
Zera Naim