Senang Buat Dessert Sedap & Cantik Ni.

Share

Terdapat pelbagai jenis dessert yang boleh anda semua cuba, terkini dessert yang disediakan dan bekas atau gelas kecil menjadi tarikkan kerana ia lebih mudah dihias dan kelihatan cqntik bila dihidangan di atas meja. Rasa macam tak sabar nak jamah.

PUDING STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
500 ml susu cair
1sachet agar-agar serbuk warna pink.
4sudu makan yogurt
30gm coklat masak putih

5-6 sudu makan gula pasir
Pes strawberry secukupnya.

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan agar-agar serbuk dengan susu cair dalam periuk, kacau rata.
  2. Campurkan pula gula dan yogurt, kacau lagi hingga sebati.
  3. Renehkan atas dapur setelah mendidih masukkan coklat putih.
  4. Setelah coklat cair dan mereneh. Tutup api.
  5. Tuangkan dalam acuan kecil, bila hilang wap, sejukkan dalam peti air.
  6. Bila sedia dihidangkan, hias di atasnya dengan pes strawberry, hirisan strawberry.

by @shafur.bajry

PUDING TEMBIKAI SUSU KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk perasa Pudding Tembikai Susu
500 ml air
BAHAN KARAMEL
150gm gula
100 ml air
BAHAN HIASAN:
Buah Strawberry

Buah tembilai susu
Buah sunkis
Daun Pudina

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan serbuk agar-agara dengan 500ml air, kacau rata dan didihkan atau dapur.
  2. Sejukkan hingga hilang wap, tuangkan dalam gelas yang telah disediakan (tuang hanya separuh gelas sahaja).
  3. Kemudian sediakan caramel. Masukkan gula dalam satu sudu makan air.
  4. Goyangkan periuk biarkan air membasahi gula sepenuhnya.
  5. Panaskan atas dapur hingga gula menjadi coklat caramel.
  6. Tuangkan baki air ke dalamnya. Setelah mendidih dan pekat, tutup api. Dan sejukkan.
  7. Potong buah-buahan untuk hiasan.
  8. Keluarkan puding dari peti ais, kemudian tuangkan 2 sudu makan caramel ke atas puding.
  9. Akhir sekali hiaskan dengan potongan buah-buahan tadi serta daun pudina.

By @puddingnutrijell

PUDING SANTAN AVACADO
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN 1:
1 paket agar-agar serbuk650ml santan
85gm gula pasir
2 lmbr daun pandan, sobek2
1 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 1/2 biji buah avakado | jadikan pes

LAPISAN2:
1/2 paket serbuk agara-agar
350ml air
100gm gula melaka
1 helai daun pandan


Kelapa muda secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan lapisan pertama dan didihkan hingga mendidih.
  2. Tutup api dan kacau hingga wapnya lalu masukkan buah avakado yang telah dijadikan puri. Kacau lagi.
  3. Tuangkan dalam acuan kecil yang disediakan dan ketepikan.
  4. Campurkan semua bahan lapisan kedua, masak hingga mendidih.
  5. Angkat dan tapis ke dalam bekas dan biarkan hilang wap panas.
  6. Masukkan hirisan kelapa muda, kacau rata.
  7. Tuangkan perlahan ke atas lapisan pertama.
  8. BIla sejuk baru masukkan dalam peti sejuk.
  9. Setelah sejuk sedia dihidangkan.

By @linasutiono

 

PUDDING OREO
BAHAN-BAHAN :
1 paket agar-agar serbuk
900ml susu cair
100gm gula pasir
50gm coklat putih
100gm krim segar
1 bungkus oreo
1/2 sudu teh vanila
.
CARA MEMBUAT :

  1. Campurkan susu, vanilla dan gula kacau rata.
  2. Kemudian didihkan atas dapur dengan api perlahan hingga mendidih. Tutup api.
  3. Campurkan krim dengan coklat, masak atas api perlahan, kacau hingga coklat cair. Tutup api.
  4. Masukkan ke dalam bahan agar-agar kacau rata. Tuangkan dalam bekas kecil dan hias dengan kepingan oreo.
  5. Apabila tiada wap, sejukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.

by @dapur.shanty__6
Source : buku bakulan mbaiyya

Published by
webadmin