Apa kudapan yang sedap dan simple untuk petang ni? Jom kita buat resipi yang mudah dikongsi oleh Adelina Ainuddin ni. Bagi yang suka makan Golden Ball di Sushi King nah boleh buat sendiri ikut resipi ni. Ikut step by step,gerenti menjadi. Golden Ball ni memang tak cukup satu. Sesiapa peminat tegar Golden Ball ni, jom buat ikut resipi ni.
GOLDEN BALL
Bahan-bahan:
7 batang crab stick
5 sudu mayonis-beli online di sini
4 biji telur (rebus)
2 biji telur ( kocak)
Sedikit garam
1 sudu kecik serbuk lada hitam-beli online di sini
Tepung gandum-beli online di sini
Breadcrumbs-beli online di sini
Penyediaan bahan:
1.Rebus sekejap crab stick ( jangan terlalu lama nanti lembik).
2.Kemudian cincang crab stick tadi. Satukan dengan mayonis dan sebatikan ia.
3.Rebus telur hingga masak.
4.Kemudian kocak telur, masuk garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
Bahan untuk salutan:
Telur(campuran serbuk lada hitam dan garam)
Breadcrumbs
Tepung gandum
Cara membuat:
1.Telur rebus tadi dikupas kulitnya.
2.Golek dalam telur dan gaulkan dengan tepung gandum. (ulang hingga 3 kali salutan)
3.Salut dengan telur dan breadcrumbs.
4.Salut semula telur dan tepung gandum
5.Akhir sekali salut telur dan breadcrumbs
6.Panaskan minyak dengan api sederhana. Goreng hingga warna keemasan.
7.Bila dah sejuk, potong dua telur yang digoreng tadi. Letakkan adunan crabstick dan mayonis.
8.Letak mayonis di atasnya untuk lebih sedap.
9.Siap untuk dihidang.
Kredit: Adelina Ainuddin
Klik sini