Senang Je Buat Talam Berlauk Sedap & Mewah Ni.

Share

Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan  kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.

TALAM BERLAUK:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawang tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 200ml santan segera
  • 1 biji telur ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK LAUK:

  • 200gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan rempah kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji cili padi | hiris halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 3 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
  3. Masukkan daging kisar, gaul rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
  6. Tutup api dan ketepikan.
  7. Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
  8. Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
  9. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
  10. Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
  11. Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
  12. Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
  13. Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Published by
Norasida Myasin