Senang Je Nak Buat 2 Menu Burung Puyuh Ni, Korang Boleh Cuba Sebab Sedap.

Share

Korang suka makan buruh puyuh tak?  Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je.  Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?

 BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor buruh puyuh | potong kecil
  • 5 tangkai cili kering | hiris kecil
  • 8 tangkai cili padi | hiris kecil
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia |hiris halus
  • 1 biji limau nipis | perah airnya
  • 1 batang serai | hiris halus
  • ½ batang lobak merah | potong dadu kecil
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
  5. Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
  6. Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.

 BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
  • 100gm rempah kari daging
  • 30gm rempai kari daging
  • 30gm serbuk jintan manis
  • 30gm serbuk ketumbar
  • 50gm tepung jagung
  • 20gm daun kari
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula  secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN KISAR HALUS:

  • 150gm bawang merah
  • 40gm bawang putih
  • 60gm halia
  • 60gm serai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk  bersama  rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  4. Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
  5. Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
  6. Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
  7. Apabila hampir garing masukkan daun kari.
  8. Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
  9. Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.

 

Published by
Norasida Myasin