Sebelum ni kalau teringin makan Hokkaido Cupcake mesti beli je kan, apa kata selepas ni anda cuba buat sendiri. Kena yakin diri, ada resipi kemudian buat ikut cara yang betul, ia bukan mustahil jadi. Ada sedikit kekurangan ia boleh diperbaiki, kalau sempurna hasilnya, itu profesional namanya. Sebagai permulaan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
HOKKAIDO CUPCAKE BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
4 biji kuning telur
Secubit garam
3 sudu besar gula kastor
Sedikit esen
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/4 cawan minyak masak BAHAN B:
4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh cream of tatar BAHAN C:
1/2 cawan tepung gandum superfine
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder BAHAN INTI KASTARD:
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu makan gula kastor
1 sudu besar mentega
1 biji telur
Ads
CARA MRMBUAT:
Ads
Ads
Satukan telur, garam, gula dan esen vanila, putar hingga sebati.
Kemudian masukkan susu dan minyak dalam bekas adunan telur tadi. Ketepikan.
Sediakan pula bahan B, buat maringue dengan cara putar putih telur hingga berbuih kasar baru masukkan cream of tatar.
Putar lagi dan masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi hingga likat atau bertanduk ( bila diterbalikkan ia tak jatuh).
Seterusnya ayak semua bahan C, kemudian masukkan dalam adunan kuning telur. Putar sebati.
Kemudian campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur yang telah dicampur tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaul dengan spatula bagi sebati.
Masukkan dalam paper cup, dan bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dan bakar dengan suhu 150C selama 25 minit.
Sementara tunggu kek masak sediakan inti kastard, satukan semua bahan kastard dalam periuk dan kacau rata.
Masak guna api perlahan sambil sentiasa kacau hingga pekat, bila meletup kecil, tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk, ia sedia dipaipkan ke dalam cupkace anda.
Hokkaido Cupcake sedia dihidangkan.
Kredit Resepi : rosliza che ya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan lazat dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Berikan anak anda sajian sihat di musim cuti sekolah pasti suka lah.
1. PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES
BAHAN-BAHAN :
120 gm keping ikan salmon
50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
60 gm bawang besar/ dipotong dadu
30 gm bawang putih/ dipotong dadu
50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
100 gm jus oren/dipotong dadu
30 gm halia/ dihiris
20 gm mentega
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon. 2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. 3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja) 4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur. 5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan. 6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia. 7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan. 8. Masukkan mentega dan kacau sebati 9. Letakkan garam secukup rasa 10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven Jenis masakan : Sajian Barat Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
180 gm hirisan ikan salmon
150 gm yogurt
30 gm jintan manis /dikisar
30 gm jintan putih /dikisar
1 sm halia/dikisar
2 ulas bawang putih /dikisar
Garam secukup rasa
Bahan B:
40 gm timun /dipotong dadu kecil
30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
40 gm yogurt
CARA MEMASAK : 1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam. 2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan. 3.Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali. 4.Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur. 5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi 6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka. 7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan salmon
150 gm bawang merah /dihiris
5 sm halia /dihiris
5 ulas bawang putih /dihiris
20 gm halba campur
1/2 biji santan kelapa
100gm yogurt
200 gm serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
60 gm asam jawab
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari. 2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. 3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak. 4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt 5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api. 7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15-20 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
INFO CHEF :Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON
BAHAN-BAHAN :
1 kg ‘fillet’ salmon
30 gm bawang kecil | dihiris
20 gm bawang putih |dihiris
20 gm krim keju
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
Stok ikan secukup rasa
60 gm bayam (baby spinach
40 gm serbuk roti
40 gm keju parmesan | diparut
1 lapis pastri paf
1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. 2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan. 3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan. 4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon. 5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef :Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
Kalau buat tauhuhomemade ni nmemang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi guna TAUHU di bawah ni. Macam-macam boleh masak. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Sedapnya Roti Sosej Sos ala Oriental perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Biasanya kalau menikmati sosej, kita hanya letak sos cili, mayones dan salad je kan? Resipi kali ini lain tau. Memang nampak sangat menyelerakan. Bak kata empunya resipi, alang-alang rasa nak makan sosej tu, biarlah makan dengan roti dan sos istimewa buatan sendiri. Sedapnya! Jom cuba.
CARA MENYEDIAKAN ROTI SOSEJ BERSOS ALA ORIENTAL
BAHAN-BAHAN:
Roti secukupnya
Sosej secukupnya
BAHAN SOS:
1 biji lobak merah dipotong dadu – jika nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang
1. Sediakan sosej dengan masak di dalam kuali sehingga sedikit garing bagi mendapatkan rasa asap. Boleh juga dipanggang. Ketepikan.
2. Untuk membuat Sos Ala Oriental, panaskan marjerin sehingga cair. Guna api kecil untuk elak jadi hangus.
3. Masukkan bawang putih dan bawang kuning. Tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah. Masak sebati.
4. Taburkan tepung gandum dan gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.
6. Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam. Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.
7. Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata.
8. Sos siap disediakan.
9. Untuk roti, hiris dari tepi kemudian boleh letakkan sosej.
10. Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut. Namun jika anda menggunakan periuk kukus biasa, pastikan roti di alas kain bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.
11. Letakkan Sos Ala Oriental ke atas sosej dengan secukupnya.
13. Roti Sosej Bersos Ala Oriental sedia untuk dinikmati.